Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 12, 2011

PAS Diajar Mengenai Islam



“Kita dah melanggar adat budaya kita sendiri, tatasusila agama kita..minta maaf, cari kata tempat lain, kat padang mana (ke). Ini orang, tuan rumah ini nak merapatkan silatulrahim, bukan nak memecahbelahkan orang, dalam Islam pun tak suruh, minta maaf ye”, kata wakil kampung di sebuah kampung Melayu di Miri, Sarawak kepada wakil PAS yang mahu mengadakan ceramah di kawasan itu.

Delegasi PAS itu dipercayai turut membawa Tian Chua yang berceramah di situ terpaksa membatalkan ceramahnya kerana tidak mendapat kebenaran daripada orang kampung.

AIDCNews turut difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terpaksa membatalkan dua ceramahnya di Sarawak kerana kekurangan pendengar. Dilaporkan hanya 20 orang hadir dalam ceramah yang menggunakan nama Anwar, menyebabkan Ketua Umum PKR itu terpaksa membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir. - AIDC

Hehehehe kena lagi puak PAS ini rupanya. Nampak gayanya puak PAS ni tak faham islam lagi. Islam menganjurkan perpaduan dikalangan penganutnya. Bukannya suruh berpecah belah hanya kerana fahaman politik duniawi.

Kalau Nik Aziz ada disitu mungkin dia dah menjerit jerit geram hehehehe.

0 comments:

share2