Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 4, 2011

UMMI MALUKAN ANWAR DI RUMPUN MAKMUR

Ummi setibanya di Bilik Gerakan BN di Kerdau petang semalam.


Kerdau, Rabu 4.Mac.2011 - Rumpun Makmur telah menjadi pentas ceramah yang hebat dan telah berjaya menarik ramai penyokong parti-parti politik berkenaan untuk hadir dan mendengar ceramah yang diadakan. Malam semalam telah menemukan DS Anwar Ibrahim dengan Ummi Hafilda yang berceramah dari pentas ceramah yang bertentangan.

Ummi dalam ceramahnya telah mencabar DS Anwar Ibrahim untuk bersumpah yang beliau tidak meliwat serta menuduh beliau adalah bapa kepada segala perbuatan rasuah di Malaysia ini. Beliau juga dituduh terlibat dan menjadi talibarut Israel.

Ummi telah mencabar DS Anwar beberapa kali namun DS Anwar tidak langsung menjawab tohmahan Ummi bahkan tidak langsung mengulas dan menjawab soalan-soalan yang Ummi tanyakan. Ini membuatkan penonton-penonton percaya bahawa Ummi berada dipihak yang benar kerana umum sedia maklum bahawa jika Ummi dipihak yang salah, sudah tentu beliau akan ditakutkan dengan tindakan saman seperti yang selalu dilakukan oleh DS Anwar selama ini.

DS Anwar tidak mengambil masa lama dalam ceramahnya di Rumpun Makmur dan terus berlalu meninhggalkan Ummi serta pendengan dengan soalan Ummi yang tidak diberikan jawapan untuk berceramah di Jengka 22. Banyak hadirin menyifatkan bahawa DS Anwar meningggalkan pentas ceramah dengan segera kerana malu dimalukan oleh Ummi. Di Felda Jengka 22 khabarnya beliau disambut dengan cacian oleh kumpulan anak-anak muda disana.

2 comments:

  • herokecik says:
    March 4, 2011 at 3:15 PM

    Ummi baru dedahkan 30 peratus dalam siri pendedahannya... 30 peratus pun Anwar dan tak tentu arah.. Kalu 50 Peratus... cam mana...kalau 100 peratus

  • Anonymous says:
    March 22, 2011 at 10:57 AM

    Kalau dedah 100% harus Al-Juburi terberak dalam seluar.

share2