Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 5, 2011

TAK DAPAT JADI ADUN, DIA JADI ALONG???

...Tuan Ibrahim Dah Menyerah Kalah. Tak Dapat Jawab Soalan Rakyat...

Nampak gayanya, kemeriahan Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dihiasi dengan spekulasi mengenai isu pembelian tanah oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tanah tersebut katanya dibeli oleh Pesuruhjaya PAS Pahang dengan harga RM75 ribu di kawasan Felda Jengka 13.

Tapi beliau menolak isu tersebut dengan membuat dakwaan bahawa beliau tidak bertanding. Jadi dia kata, kenapa perlu dia dipersoalkan?

Malah blogger Pro Pakatan Pembangkang juga turut mempertikaikan isu tersebut dengan menyifatkan bahawa ianya adalah taktik Kempen Jijik yang dilaksanakan oleh BN.

Konon diorang dakwa BN dah ketandusan idea dan menjadikan Pengarah Pilihanraya Kecil Pakatan Pembangkang itu sebagai sasaran.

Wah, sebelum ni bukan main sedap mulut je diorang pertikaikan Menteri Besar Pahang. Kata beliau gagal mentadbir sampai Kerajaan bankrap.

Masa tu tak terfikir pulak dek puak - puak tu bahawa MB Pahang tu bukan calon dalam PRK Kerdau ni? Kalau BN buat tak boleh, tapi diorang buat boleh pulak?

Diorang juga membalas dakwaan bahawa Tuan Ibrahim membeli tanah tersebut. Katanya ada seorang lelaki yang juga bernama Ibrahim yang membelinya.

Kononnya tanah tu tidak lagi diusahakan oleh pemiliknya. Tapi lelaki bernama Ibrahim tu tak cukup duit. Jadi dia pinjam la duit dengan Tuan Ibrahim sebanyak RM30 ribu. 

Dengar cerita, isi perjanjian yang dah dibuat diantara mereka ialah, selagi hutang tak bayar, tanah tu dipajak atas nama Isteri Tuan Ibrahim.

Wah, banyak betul la duit Tuan Ibrahim ni ye? Sampai boleh bagi pinjam pada orang. Mana dia dapat duit sebanyak itu?

Kalau dia dah banyak duit, kenapa dia tak tolong je lelaki yang bernama Ibrahim tu? Ni dia dah jadi Along pulak bagi pinjam duit.

Tu la. Cakap orang pandai. Bila kena batang hidung sendiri, bagi alasan pun macam budak tadika. Tau pulak dia terkulat - kulat nak menjawab. Padan muka!!!

0 comments:

share2