Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 13, 2011

PRK membingungkan PAS


KEKALAHAN Pas di dua pilihan raya kecil Kerdau dan Merlimau yang baru berlalu membuktikan PAS semakin tidak diminati rakyat. Semasa PRK Kerdau, PAS dilihat terlalu lemah dan BN banyak bergerak dan menguasai semarak PRK Kerdau.

Tuan Ibrahim Tuan Man wajar letak jawatan kerana gagal menggerakkan jentera pilihan raya PAS di DUN Kerdau. PAS sebaliknya dilihat lebih suka mengadakan program yang besar-besar yang mendudukkan pemimpin pujaan mereka di atas sofa mewah di atas pentas. Program ziarah rumah ke rumah yang dijalankan PAS tidak dapat menandingi BN.

PAS terlalu lewat mengadakan ceramah-ceramah. Bendera-bendera PAS pula digantung bagaikan melepaskan batuk di tangga. BN banyak menguasai kemeriahan bendera yang diletakkan di tempat yang strategik.

Lebih malang lagi parti pakatan yang lain seperti PKR dan DAP kurang membantu PAS. PKR hanya banyak tertumpu kempen di Rumpun Makmur manakala DAP pula hanya banyak dilihat berkempen di Pekan Kerdau.

Penglibatan PAS yang bersekongkol dengan PKR dan DAP sedikit sebanyak menimbulkan perasaan benci orang Melayu kepada PAS. Almaklumlah PKR terkenal dengan parti yang "tidak tentu hala tujunya" dan DAP pula dikenali dengan parti yang banyak menyakitkan hati orang Melayu.

Barangkali PAS perlu mengadakan rombakan besar partinya. Mereka yang menjadikan PAS parti beku dan mensabotaj PAS dengan fatwa songsang wajar disingkirkan. Adakah PAS berani membuat perubahan tersebut?. Sampai bila mereka mahu jadi pak turut kepada sebilangan pemimpin PAS yang enggan meletak jawatan dan telah lama meneraju kepimpinan PAS?.

0 comments:

share2