Menurut Dato' Shahaniza Shamsuddin, tidak dapat dinafikan bahawa pengundi muda memberikan sumbangan yang besar kepada kemenangan BN dalam setiap pilihanraya, demikian juga dengan pengundi-pengundi muda di DUN Kerdau.
Bagaimanapun kerajaan sedar bahawa dengan perkembangan media sosial yang tidak lagi membataskan sebarang maklumat dari dapat dicapai oleh sekelian masyarakat, minda anak muda sangat mudah dipengaruhi. Namun, kerajaan sangat percaya bahawa anak muda dalam DUN Kerdau ini sudah sangat matang dalam melihat mana yang benar dan mana yang salah.
Dato' Shahaniza Shamsuddin, ADUN Sentul merangkap Timbalan Pengerusi Biro IT UMNO Pahang mengulas mengenainya dalam satu temuramah dengan Berita Harian Online semalam (2.2.2011)
0 comments:
Post a Comment