Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 7, 2011

KALAH DI KERDAU, SALAH TUAN IBRAHIM!!!

 

Pesuruhjaya PAS Pahang tu dah tak boleh nak tunding jari pada sesiapa dah. Dia nak tak nak kena salahkan diri dia sendiri atas kekalahan PAS di Kerdau.

Pertama, dia perlu dipersalahkan kerana menggunakan calon 'kitar semula' yang jelas sudah dua kali ditolak rakyat. Dia dah tau rakyat tak nak Hassanudin tu, tapi dia pilih jugak kenapa?

Yang kedua, Tuan Ibrahim guna taktik salah yang akhirnya memakan diri. Dia sibuk bertanya itu ini dan pandai sangat mempertikaikan pasal Kerajaan Negeri.

Tapi bila kena batang hidung dia sendiri, dia boleh pulak bagi alasan macam budak tadika? Macam mana rakyat nak terima dia?

Ketiga, dia sibuk menyeru kepada rakyat agar menolak kepimpinan seorang yang mempunyai asas agama yang sah. Sedangkan itulah dasar perjuangan PAS.

Bila rakyat tengok sikap tersebut bercanggah dengan perjuangan parti yang didokongnya, rakyat akan mempertikai. Dia ni cakap macam munafik. 

Sekejap cakap macam ni, sekejap cakap macam tu pulak. Nampak sangat dia ni hanya seorang ahli politik, bukan pejuang agama.

Keempat, dia seru pengundi agar memilih calon PAS sebab dia kelulusan profesional dan boleh memperjuangkan pembangunan di kawasan Kerdau.

Secara tak sedar dia suruh rakyat tolak dia sebab dia bukan seorang tokoh yang mempunyai kelayakan profesional. Dia seorang tokoh agama kata dia.

Nak memperjuangkan pembangunan macam mana kalau Kerajaan Negeri bukan dibawah pemerintahan PAS?

Tengok di kawasan dia sendiri masa dia jadi ADUN dulu sudah la. Apa pembangunan yang dia dah buat? Di Triang, apa yang YB Leong Ngah Ngah dah buat? Tak buat apa pun.

Jadi jelas diorang, walaupun jadi ADUN, tapi masih tak dapat nak memperjuangkan pembangunan rakyat. Mungkin sebab takut. Jadi apa beza kalau rakyat pilih calon mereka?

Kelima, keikhlasan dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang di Pahang ni jelas tidak wujud kerana sampai disaat - saat akhir kempen, pemimpin DAP dan PKR tak nampak muka.

Nampak pun malam akhir. Itu pun sebab dah dibalun 'kaw - kaw' dengan blogger Pro BN. Ini juga membuktikan kegagalan Pesuruhjaya PAS itu sebagai tokoh yang disegani di Negeri ini.

Jadi, sebelum Tuan Ibrahim Tuan Man atau mana - mana pemimpin Pakatan Pembangkang nak menyalahkan itu ini, baik dia kaji diri dia dulu. 

Sebab salah tu semuanya datang dari kegagalan mereka sendiri. Bukan salah orang lain. Jangan la jadi 'Sore Loser' macam si Khalid Gereja!!!

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 7, 2011 at 12:39 PM

    Ingatlah pepatah cina....

    " Ikan mula buruk dari kepala "

    Warisan

share2