SEJAK tengah malam tadi, pengguna Lebuhraya Baru Pantai (NPE) hanya perlu membayar tol RM1 untuk melepasi Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2), kurang 60 sen setiap kali transaksi.
Keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah tentu melegakan masyarakat khususnya yang sering menggunakan laluan itu kerana beban perbelanjaan mereka dapat dikurangkan.
Ia merupakan nilai tambah berterusan selepas kerajaan memutuskan supaya kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah ke Kuala Lumpur) dimansuhkan dua tahun lepas.
Bulan lepas, Najib telah pun membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat apabila menyatakan khabar gembira iaitu kadar tol Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 tidak akan naik selama tempoh lima tahun.
Ia cukup bermakna apabila langkah itu diambil tanpa pelanjutan tempoh konsesi terlibat dan kerajaan pula tidak akan memberi pampasan untuk semakan tol tertunggak.
Satu lagi bukti keprihatinan kerajaan ialah apabila konsesi tol Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di ibu negara, akan ditamatkan tidak lama lagi, tujuh tahun awal dari tarikh sepatutnya.
0 comments:
Post a Comment