Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 5, 2011

PUSAT AJARAN SONGSANG


Itu nama baru buat puak - puak Parti Angguk Saja. Hanya nama tu layak digunakan dalam keadaan rakyat Malaysia sedang menghadapi krisis di Mesir.

Mana taknya. orang dok sibuk selamatkan rakyat yang terperangkap diMesir. Diorang bantai hantar SMS yang bukan - bukan. 

Diantaranya, diorang dakwa penerbangan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kena bayar. Setiap pelajar dan rakyat Malaysia dikenakan 'caj' tertentu.

Perdana Menteri hari ni menegaskan bahawa laporan SMS itu tidak benar. Semua penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir ditanggung oleh Kerajaan.

Yang peliknya, untuk apa puak - puak Pembangkang buat kerja tak bermoral macam tu? Hanya sekadar nak menimbulkan panik dikalangan rakyat Malaysia? Menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan ibu bapa agar terus membenci pihak Kerajaan?

Sukarelawan dan pihak Kerajaan bagai nak mati buat kerja di Mesir. Yang puak pembangkang suka - suka je tabur fitnah ni apasal?


Dah la buat kerja semuanya tak berfaedah belaka. Buat demo, untuk apa? Apa objektifnya? Apa 'out-come'nya? Semuanya mengabihkan masa.

Takde ke diorang ni terfikir nak buat kerja yang boleh mendatangkan 'input' yang positif? Bagi la cara dan kaedah yang efektif dalam menyelesaikan masalah.

Ini tidak. Menimbulkan masalah lagi ada la. Itu yang diorang kata mendahului rakyat? Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2