Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 24, 2011

Puak PAS Sakit Perut Cirit Birit

Golongan belia dan peneroka di tiga tanah rancangan Felda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yakin calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
 
Keyakinan itu berasaskan kepada pengetahuan luas beliau dalam bidang agama dan sikap proaktifnya dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka, Mohd. Nasaruddin Mohd. Nasir berkata, Syed Ibrahim mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada pilihan raya akan datang.

''Generasi baru Felda yang pernah mendengar ceramah motivasi daripada Syed Ibrahim sangat teruja dengan pemilihan itu dan menganggapnya sebagai sangat tepat.

''Syed Ibrahim memiliki ciri-ciri kepemimpinan, bertanggungjawab dan sering mengadakan ceramah keagamaan kepada pelajar dan masyarakat,'' jelas beliau ketika mengulas pemilihan Syed Ibrahim sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau.

Timbalan Pengerusi Majlis Belia Felda Jengka 22, Mohd. Shukri Hashim, 28, turut menyifatkan Syed Ibrahim sebagai individu terbaik yang dapat ditonjolkan dalam DUN itu.

''Selaku pemimpin belia di rancangan ini saya akan sentiasa bersama calon BN supaya dapat memberi perhatian yang baik terhadap pengundi,'' katanya.

Bagi seorang peneroka, Omar Ali Yaakob, 64, faktor calon yang digemari pengundi dapat memastikan majoriti undi yang diperoleh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-12.

Seorang ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Jengka 22, Zuraida Ishak, 38, menyambut baik pemilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu sebagai calon BN.

Menurutnya, Syed Ibrahim yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang agama, mudah mesra, ikhlas dan komited terhadap tugas.
Seorang peneroka Felda Jengka 25, Md. Nasir Ahmad, 49, memberitahu, pemilihan Syed Ibrahim sangat tepat malah, menepati suara akar umbi yang memerlukan beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu.

''Peneroka Felda Jengka 25 yang rata-rata menyokong UMNO tiada masalah menyokong Syed Ibrahim bagi memastikan undi tertinggi diperoleh pemimpin UMNO,'' katanya.

0 comments:

share2