Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 17, 2011

PRK KEDAU - PAS TIDAK BERI PKR PELUANG


 Gambar hiasan: 
Pengaruh PKR dikatakan lebih kuas di Kerdau berbanding pengaruh Pas


Pas kawasan Kerdau yang bermesyuarat pada Isnin lalu telah mencadangkan sebanyak 7 nama untuk dipilih sebagai calon dalam PRK Kerdau yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurut sumber, mereka menyatakan bahawa sudah bersiap sedia sejak awal lagi bagi menghadapi PRK Kerdau ini. Ada pendapat mengatakan bahawa calon utama Pas adalah Tuan Ibrahim Tuan Mas, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang yang juga baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Merlimau.

Ada pihak dikalangan Pas sendiri yang merasa kecewa sekiranya benar Tuan Ibrahim akan diletakkan sebagai  calon memandangkan itu akan menyingkirkan bekas calon Pas dahulu, Hassanuddin Salim. Walaupun kemungkian ini tidak akan meretakkan Pas namun tetap akan mengecilkan hati sebilangan kecil dari mereka. Pas harus lebih berhati-hati supaya tidak ada pihak terguris.

UMNO juga sudah bersiap sedia. Bahagian Kuala Krau sudahpun menghantar 6 nama calon yang difikirkan layak bagi DUN Kerdau dan antaranya adalah 2 nama calon wanita. Dari bisik-bisik yang didengari, salah satu dari calon wanita itu adalah merupakan calon pilihan utama UMNO.

Apapun dan siapapun calon-calon dalam PRK Kerdau ini, para pemerhati menyifatkan bahawa PRK ini tidaklah sehebat PRK di Tenang dulu kerana mereka bagaikan sudah meramal siapa pemenangnya. Kita tunggu dan lihat!

0 comments:

share2