Hari ini 9 Feb 2011 ,buat julung kalinya mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempengerusikan mesyuarat Kabinet di kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur Kuantan bermula jam 9.30 pagi tadi. Ia juga merupakan yang pertama semenjak beliau menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.
Ibarat sireh pulang ke ganggang YAB Perdana Menteri juga merupakan Pengerusi Yayasan Pahang yang pertama dari tahun 1982 hingga 1986.
Sebelah petang, Perdana Menteri dan jemaah menteri dijadual melawat Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu (PKP Bukit Kenau) di Pekan yang mengandungi pusat kraftangan, rumah peserta, projek ternakan ikan keli dan ternakan kambing, projek pertanian fertigasi dan pusat homestay Bukit Kenau.
hebat