Diam tak diam, rupanya ada udang disebalik batu. Mungkin itu yang sedang dilakukan oleh Mahfuz Omar terhadap Mursyidul Am PAS yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan itu.
Kalau kita baca kenyataan Mahfuz dalam Haprak Daily mengenai krisis di Mesir, semuanya mengutuk Perdana Menteri.
Beliau mendakwa bahawa DS Najib wajar mencontohi gerakan rakyat Mesir yang bangkit menentang Kepimpinan Hosni Mubarak.
Katanya, Hosni Mubarak dah jadi diktator dan memerintah dengan zalim. Terlalu lama pegang kuasa sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.
Kalau dikaji semula, di Malaysia ni pun ada orang yang sama spesis dengan Hosni Mubarak iaitu Nik Aziz. Berapa lama dia memerintah Kelantan?
Hampir sama hayatnya dengan Hosni Mubarak. Ada dia pedulikan rakyat? Tak Ada. Kalau ada, kenapa ramai rakyatnya yang berhijrah keluar dari Negeri tersebut?
Jangan bagi alasan bodoh kata rezeki ada dimana - mana. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia.
Memang betul, rezeki ada dimana - mana. Tapi manusia kena berusaha. Dan mustahil dalam Negeri Kelantan tu takde kerja melainkan Kerajaan tak menyediakannya.
Itu menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tak ambik berat terhadap rakyatnya. Sama dengan apa yang berlaku di Mesir.
Malah kebajikan rakyat sendiri turut terabai. Jika tidak, takkan Kelantan masih menduduki tangga teratas dalam senarai Negeri Termiskin di Malaysia?
Sekali lagi, jangan buat alasan bodoh kata Kerajaan Pusat tak bagi bantuan. Hasil Kerajaan Negeri terlalu banyak dan ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS. Mana pergi semua hasil tersebut?
Mungkin Mahfuz sebenarnya nak sindir menantu, dia pukul anak. Takut nak cakap secara terus terang dengan Nik Aziz agar berundur dari politik.
Sepatutnya, beliau berdepan dengan Nik Aziz dulu agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Dah lama sangat pegang kuasa. Bila rakyat bangkit menentang kepimpinan dia, boleh pulak mereka kata ianya angan - angan Mat Jenin? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Post a Comment