Melayu yang sudah hilang arahtujunya, akhirnya mengibar
bendera DAP yang memusuhi Islam selama ini dan selamanya.
Kita tertarik dengan post dari blog Bravehart mengenai penyatuan Melayu bagi menjamin keutuhan dan hak-hak orang Melayu terjamin atau apa yang juga disebut sebagai ketuanan Melayu. Kami salinkan sepenuhnya dibawah ini post berkenaan dengan mohon izin penulisnya. Klik sini untuk ke blog asal.
Kebelakangan ini Pas kelihatan semakin hilang arah. Kekalahan demi kekalahan dalam PRK membuatkan mereka hilang punca dan sesat arah tuju. Kerana itulah kebelakangan ini kita dengar kenyataan demi kenyataan pemimpin mereka nampak sudah tidak tetap pendirian.
Segala-galanya adalah kerana gelombang sokongan UMNO yang melanda selepas PRU12 lalu. Memang ramai kalangan pengundi terutama anak muda telah membantu kemenangan pembangkang. Saya juga melakukan demikian ketika itu. Kita menyokong pembangkang bukanlah kerana kita benar-benar percaya kepada perjuangan mereka. Kita juga tidak percaya pada janji-janji mereka kerana kita lebih percaya bahawa mereka semua adalah pendusta politik. Tetapi kita menyokong mereka hanyalah kerana kita benci kepada parti memerintah.
Terlalu banyak keburukkan yang parti pemerintah itu lakukan ketika itu, Kerana itulah kita mengundi pembangkang bagi memberikan pengajaran kepada kerajaan supaya berubah. Kini, apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan dam rakyat melihat bahawa DS Najib memang bersungguh-sungguh ingin melakukan tranformasi, maka rakyat juga kembali sedar akan kesilapan yang kita lakukan. Rakyat juga ingin berubah. Pembangkang yang menjanjikan perubahan yang membawa kebaikan rupanya menambah keburukan yang sedia ada, bagaikan mencurah minyak kepada api yang sedang membara.
Selangor kelihatan bagaikan cacamarba. Mujur Perak dapat dirampas kembali, jika tidak tentu lebih besar bencana yang dilakukan oleh mereka dan kaum itu. Kedah akan kita rampas kembali dalam PRU13 nanti manakala Kelantan kita biarkan mereka berubah sendiri.
Rakyat Kelantan akan mengubahnya sendiri kerana mereka sudah tidak tertahan lagi menanggung penderitaan mereka sekian lama. Mereka sedar janji-janji manis dan syurga para 'tok garu' juga adalah janji dusta. Mereka tidak mampu memberikan kita kehidupan duniam justeru mereka menjanjikan akhirat yang tiada siapa pun boleh melihat kebenarannya. tetapi dalam masa sama, dunia juga mereka rebut dengan rakus sesama mereka, berkongsi anak beranak dan kroni.
Pulau Pinang, mmmm! Pulau Pinang hanyalah tinggal sebagai impian kita semua. Bangsa Melayu akan kehilangan Pulau Mutiara itu sebagaimana kehilangan Temasik dahulu. Siapakah yang memperolehi keuntungan apabila Melayu sesama Melayu berperang? Gajah sama harimau berperang, 'babi' ditengah-tengah juga yang mengaut keuntungan.
Melayu mesti bersatu. Pas mesti duikalahkan dalam semua PRK sebelum PRU13. Apabila mereka kalah mereka tentu akan bersama kita merapatkan saf perjuangan memperjuangkan hak kita keatas bumi bertuah ini. Pas mesti dikalahkan. Pas mesti dikalahkan. Pas mesti dikalahkan. Asala jangan ada petualang diantara kita, Asal jangan ada yang menikam belakang. Asal jangan ada lagi si kitol dan mendaliar yang mengkhianati bangsa kita. Kita akan menang. Pas akan dikalahkan.
0 comments:
Post a Comment