Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 3, 2011

Bila Blogger Pro Nik Aziz Menghentam Haji Hadi.

MSO telah mengkritik Haji Hadi Awang dalam blognya, dibawah posting Dikir Politik.

Semua orang tahu, MSO merupakan pemuja Nik Aziz, malah menyifatkan Nik Aziz sebagai 'separuh wali'. Bolehkah kita sifatkan, 'pukulan' dari golongan pro-Nik Aziz ini merupakan secara tidak langsung tamparan dari Nik Aziz sendiri?

Umum juga mengetahui, Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sangat menolak idea perpaduan dengan UMNO. Ini kerana golongan Erdogan yang dijaguhi oleh Husam Musa, seorang lagi anak didik Nik Aziz, menolak cadangan ini, dan lebih sedia bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Sementara di kem Haji Hadi dan Nashrarudin Mat Isa pula kurang senang bekerjasama dengan parti Cina chauvanist itu. Adakah sebenarnya PAS diterajui oleh dua nakhoda, satu nakhoda rohani iaitu Nik Aziz sebagai 'spiritual leader', dan satu lagi nakhoda sekular kerana Haji Hadi merupakan presiden parti.

Siapa yang lebih berkuasa sebenarnya? Kuasa sekular atau kuasa 'spiritual'? Siapa de facto leader dalam PAS? Dansiapa yang memiliki kuasa eksekutif? 

Mari kita lihat drama PAS yang mungkin bakal mengikuti jejak PKR.

1 comments:

  • Lintau Perak says:
    February 3, 2011 at 6:09 PM

    Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa terpaksa menghadapi tekanan dari DAP dan Nuar Berahim jika ingin mententeramkan sokongan Pas terhadap China DAP.

    Ini bukan kerja yang mudah kerana sebahagian besar ahli dan pengikut akar umbi sudah ditarbiah begitu taksub dengan konsep Islam Politik melebihi Islam Addeen.

    p/s: http://lintau-perak.blogspot.com

share2