Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 26, 2011

'TOK AI' - HARUNGI BANJIR SEBAGAI PEMULA TUGAS WAKIL RAKYAT

 2 gambar di Kampong Lembah Bakti





Hujan lebat sejak malam lalu dan berterusan hampir 2 hari 2 malam sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat dibeberapa buah kampong sepanjang Sungai Tenang. Antara kampong yang terlibat adalah Kampong Lembah Bakti dan Kampong Air Panas.

Di kampong Lembah Bakti kira-kira 20 buah rumah terlibat dan terpaksa dipindahkan manakala di Kampong Air Panas melibatkan 11 keluarga seramai 55orang dan dipindahkan ke Sekolah Agama Pekan Air Panas.

Diberitakan juga bahawa Tok AI antara yang terawal melawat keluarga yang terlibat dan memberikan bantuan kepada mangsa. Nampaknya penduduk DUN Tenang sangat bertuah jika memilih Tok AI sebagai wakil rakyat mereka kerana beliau walaupun masih belum sah menjadi wakil rakyat namun telah memberikan perkhidmatan sebagaimana seorang wakil rakyat yang diingini oleh pengundinya

Bagi calon Pas, sebaga seorang suri rumah, eloklah beliau duduk diam dirumah sambil menguruskan hal ehwal rumahtangganya sendiri sebelum jadi berantakan, kerana kita dapat bayangkan setiap langkan yang dilakukan oleh Cikgu Mala, maka suaminya pasti akan ikut sama, justru siapa pula yang akan mentadbir rumah tangga kelak?

Eloklah suami Cikgu Mala memohon bersara untuk menjadi sura rumahtangga sepenuh masa bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku terhadap keluarga mereka kelak.




Kenapa suami Cikgu Mala tu tak berapa nak senyum?
Oooo, ADUN selingsing tu ye? Hehehe
Nasib kamu lah Labu...

0 comments:

share2