Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 28, 2011

PRK Tenang : Orang Tenang Kecewa Tersinggung

Fatwa songsang Nik Aziz kelirukan masyarakat – Muhyiddin

LABIS 28 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang yang mengelirukan masyarakat.

Menurut Muhyiddin, tidak wajar Nik Aziz melabel umat Islam yang tidak menyokong Pas sebagai jahil atau bodoh.

Umat Islam di negara ini, kata Muhyiddin, mengikut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan pengundi di Dewan Undangan Negeri tidak menyokong Pas bukan bermakna mereka bodoh.

"Apakah penduduk Labis jahil kerana tidak sokong Pas? Sebagai seorang bertaraf tok guru beliau tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang, kita di Johor berasa tersinggung," katanya. – (Sumber : Utusan Malaysia)
--------------------------------------------------------------
Perkataan 'BODOH' dan 'Jahil' yang disebut PAS bakal beri isyarat bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRK Dun Tenang. PAS tidak patut labelkan 'BODOH' kepada pengundi yang enggan mengundi PAS.

Inilah masalahnya bila :
i.Ahli PAS anggap partinya menegakkan Islam maka UMNO sudah tentu dianggap menentang Islam.
ii.Bagi PAS, menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram.
iii. Undi PAS akan membawa seseorang itu ke syurga. Manakala undi BN membawa seseorang itu ke neraka.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub merupakan anak Johor menang berbelas ribu majoriti di kawasan bandar, pinggir bandar dan banyak taman perumahan di Kelantan. Kita cabar Salehudin Ayub bertanding di Johor dalam PRU 13 akan datang.

Kata penceramah : “Di mana PAS lemah dan tidak menang di Kelantan? Kawasan pedalaman, kawasan hulu, kawasan luar bandar, kawasan tidak belajar (tiada pendidikan) di mana? Kawasan gua musang….”



Inilah budaya PAS, bila nak undi dia puji punyalah melambung tinggi dan merayu-rayu macam pengemis, namun bila sudah kalah dia menghina, salahkan sana sini dan tidak percaya kepada takdir. PAS seperti membodohkan diri sendiri dengan mengeluarkan fatwa yang songsang.

1 comments:

  • Anonymous says:
    January 31, 2011 at 6:13 PM

    Adoiiiiiiii........sakit kepala PAS ni..PAS dierti seperti cacing kepanasan.......sudah la tuu...PAS PIS PUS

share2