Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 27, 2011

PRK Tenang : Normala Malang Disabotaj Lagi?



LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

-------------------------------------------------------

Ini bukan kali pertama, Pas menolak pelaksanaan hudud dan Negara Islam versi Pas. Ramai yang masih ingat pada sidang DUN Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang telah menyatakan bahawa tidak ada dalam transkrip, memorandum dan Perlembagaan Pas bahawa Pas akan menegakkan Negara Islam.

Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001. (Sumber : Blog Tun Faisal).

(Kata AWP :

-Inilah sikap dan pendirian dari kalangan individu atau kumpulan yang menipu rakyat semata-mata mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja hatta bersekongkol dengan DAP sekalipun. Mereka sanggup mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran dan memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh puak Khawarij.

-Bahkan bukan itu sahaja mereka juga sanggup membiarkan orang bukan beragama Islam berucap sambil membaca ayat-ayat suci Al Quran dengan bacaan yang lintang pukang, bukan mahu menegur tetapi disahut dengan ketawa kebanggaan.

-Pas mendakwa hendak menegakkan negara Islam tetapi sebenarnya hanya manis dibibir sahaja dan cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.Kita nak tanya kepada PAS, selepas PAS menguasai Kelantan, apakah undang-undang Islam yang telah dibuat?.

-Hukum Hudud kini dipersenda pula oleh Datuk Mustafa Ali. Mereka sudah lupa bahawa dulu Hukum Hudud pernah dipersendakan oleh Haji Hadi Awang setelah menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata : "Pelaksanaan Hukum Hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan Hudud PAS sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Anakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

-Persoalannya mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan mengguna pakai Hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?. Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi Awang Sendiri.

-Adakah PAS sengaja buat-buat lupa bahawa Haji Hadi Awang pernah berkata : "Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada Hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah hudud yang dibesarkan selama ini telah diperkecilkan sehingga 1/10,000(Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

0 comments:

share2