Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 29, 2011

KALAU TAK TAHU JANGAN CAKAP!!!


 Tuan Ibrahim Tuan Man


Kalau nak membalun Presiden MCA, bukan main lagi puak - puak PAS mengutuk Chua Soi Lek. Kata diorang kalau tak tahu tentang Islam, jangan cakap.

Memang betul la apa yang diorang pertikaikan. Kalau kita dah tak tau sesuatu perkara, baik kita berdiam diri sahaja. Kalau benda tu kita rasa tak baik, jangan ikut.

Tapi diorang bagi komen, macam la diorang pun tahu semua benda. Allah S.W.T Maha Berkuasa. Sekejap je Allah nak tunjukkan bukti KekuasaanNya.

Hari ni, Pesuruhjaya PAS Pahang keluar kenyataan yang jelas dia pun kata dia tak tahu mengenai perkara tersebut.

Isunya mengenai pelepasan Nyamuk GM di Bentong baru - baru ini. Kata dia, pelepasan nyamuk itu tidak diberitahu kepada rakyat.

Macam mana pulak Tuan Ibrahim Tuan Man ni kata takde penjelasan yang dibuat? Sama ada dia menipu atau dia ditipu oleh pengikut - pengikut sendiri.

Sebelum ini di Pejabat Kesihatan Bentong dah dibuat taklimat mengenai perkara tersebut. Semua Ketua - Ketua Kampung datang. Siap bagi flyers lagi.

Lagi pun dia tau ke apa fungsinya pelepasan nyamuk GM tu? Kalau tak tahu, diam je la. Jangan banyak soal.

0 comments:

share2