Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 30, 2018

HEBAT PM!!







ELEGAN… Bagi mereka yang membesar ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat dahulu, tentu biasa dengar Wawasan 2020 diilhamkan beliau pada tahun 1990 lalu.

Visi jangka panjang itu pernah dikutuk pemimpin dan penyokong pembangkang (kini Pakatan Harapan – PH yang menjadi kerajaan baharu Malaysia), sebagai wawasan bodoh dan tidak beri faedah kepada rakyat miskin sendiri.

Hari ini, Mahathir yang amat berbangga diiktiraf sebagai ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu apabila kembali semula sebagai perdana menteri ketujuh, tetap fanatik terhadap angka 2020 kerana kononnya ia seimbang.


Dengan beri contoh lambang Barisan Nasional (BN) iaitu dacing tidak berat sebelah, Mahathir ketika melancarkan Wawasan 2020 sebagai pengerusi parti komponen tersebut, kini mengetuai pula blok PH yang logo entah apa-apa!

Namun cinta Mahathir terhadap nombor 2020 tetap utuh waima pernah memberitahu media baru-baru ini bahawa wawasan dirancang beliau itu mungkin lewat menjadi kenyataan konon akibat hutang negara sebanyak RM1 trilion.




Ini termasuk menerusi koleksi pelbagai kereta beliau sama ada rasmi atau peribadi yang sering memaparkan plat dengan angka 2020 sehingga menjadi sinonim kepada imej Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Terbaharu tular menerusi media sosial Mahathir menaiki kereta mewah warna gelap jenama Bufori model Geneva plat Patriot 2020 yang bernilai kira-kira RM1.6 juta dengan ansuran bulanannya sahaja pun cecah lebih RM19,000.

Nombor plat istimewa diluluskan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu hanya dibeli pada harga serendah RM250 tanpa perlu bidaan secara terbuka serta bebas daripada unsur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut laporan media, plat Patriot ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan secara rasmi pada 12 April 2013 dan dipengerusikan Brigadier Jeneral Bersara Datuk Husainay Hashim.

Ternyata, gaya eksklusif Mahathir dengan kereta itu membuktikan kedudukan kewangan beliau cukup hebat jauh beza daripada pemimpin terdahulu yang agak miskin tanpa kroni menaja projek mega tertentu.


Read more »

LAIN MACAM BETUL PH BILA DAH MENANG






SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun bertaraf bulan bintang.

Setiap saat ada saja kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hendak dikritik, dan semua kesalahan itu dijadikan bukti kenapa BN mesti ditolak.

Inilah yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut Pakatan Harapan sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.


Semua kesalahan akan dikritik ke tahap ekstrem, bukan sekadar ditegur dan minta diperbetulkan.

Catatan, kartun, gambar diubahsuai disebar untuk memberi gambaran paling buruk pada UMNO dan BN.

Sepanjang masa, inilah yang dilakukan oleh PH dan pengikut-pengikut mereka di media sosial dan aplikasi komunikasi.

Mereka tidak berkempen secara sihat dengan menerangkan apa yang akan diperbaiki dan dilaksanakan oleh PH kalau berkuasa.

Apa yang mereka lakukan ialah memanipulasi emosi orang ramai dengan cara memburukkan pemimpin negara.

Mereka menyebarkan kebencian terhadap pemimpin negara supaya pengundi akan mengundi hanya berdasarkan sentimen benci ini.

Akhirnya apa yang masuk dalam kepala pengundi ialah kerajaan BN rosak, buruk, dan mesti ditolak.

Apabila BN sudah dibenci dan dirasakan amat buruk, secara automatik PH pula dianggap bersih, suci dan cekap mentadbir.

Timbul keyakinan bahawa PH kalau memerintah akan bersih, cekap, tidak memilih bulu dan jujur.

Tapi itu semua telah terbukti hanya fatamorgana yang tidak ada dalam bentuk yang nyata selepas mereka berkuasa.

Isu gagal melaksanakan walau satu pun janji manifesto, terus memburukkan dan memfitnah lawan.

Dalam pentadbiran negara, mereka melaksanakan apa yang kutuk dahulu, termasuk membuat lantikan politik, dan dalam jumlah yang banyak.

Kalau kejujuran semasa zaman BN dianggap satu nilai yang mulia dan jawapan tidak jujur akan mengundang kecaman, zaman PH tidak begitu.

Mereka telah melakukan banyak pembohongan dan “u-turn” sejak hari pertama menang lagi, apabila janji turun harga minyak, hapus tol dan PTPTN tidak ditunaikan.

Ini semua ialah tindakan atau ucapan yang boleh mengundang kecaman dan troll tanpa henti dan tanpa belas kasihan semasa zaman BN berkuasa.

Tetapi kerana mereka tidak jujur dan akan mempertahankan kumpulan mereka, teguran pun tidak kedengaran.

Malah mereka mencetuskan pula drama dan gimik lain untuk menutup atau menenggelamkan isu yang kontroversi itu.

Semua yang berlaku ini ialah akibat kegelojohan, tidak berpengalaman dan sikap yang salah dalam menguruskan negara.

Banyak masalah dan kekeliruan akan timbul akibat perangai kerajaan PH ini, yang akan mengganggu pengurusan negara.

Ikut perkiraan biasa, rakyat akan terpaksa menghadap kerenah kerajaan seperti ini lagi lima tahun, itupun kalau berlaku perubahan nanti.


Read more »

Friday, June 29, 2018

KERAJAAN PH PENUH DRAMA DAN GIMIK MURAHAN



Dr Mahathir



SEPERTI yang pernah disebut sejak awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kerajaan baharu Malaysia ini banyak bergantung pada drama dan gimik populis.

Pendekatan pelik ini digunakan untuk menutup segala kesalahan, dengan memburukkan musuh politik, melindungi pemimpin dari kritikan dan sebagainya.

Perkembangan membimbangkan ini menandakan drama politik akan terus membelenggu politik negara, dan rakyat akan sentiasa dimanipulasi emosi mereka.

Apabila berlaku sesuatu yang memalukan kerajaan, seperti menteri mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina, satu isu gempar lain pula timbul.

Kita mungkin tidak tahu peristiwa yang timbul kemudian itu disengajakan atau tidak, tetapi setakat ini peristiwa yang menyusul berjaya menutup kejadian sebelumnya.

Kalau kita masih ingat, pada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas, malam harinya berlaku serbuan di rumah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengundang polemik apabila mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Cina.

Tidak lama selepas itu, menyusul berita rampasan di kediaman yang ada kena-mengena dengan Najib.

Drama lebih menggemparkan dilakonkan selepas itu, dengan mengadakan sidang media menayangkan gambar-gambar barang rampasan dan memberitahu anggaran nilai rampasan, sebanyak RM1.1 bilion.

Kemudian tersebar satu detail yang “catchy” yakni salah satu jenama beg yang dirampas ialah Bijan.

Netizen pun beramai-ramai menjadikannya bahan lawak dan sindir, hingga tenggelam isu bahasa Melayu yang dipinggirkan dengan menggunakan alasan palsu.

Inilah yang sedang dan akan terus berlaku dalam politik negara kita, rakyat dengan mudah dialihkan perhatian mereka dengan drama, gimik dan cerita lucu serta gempar.

Pada masa orang ramai sibuk dengan cerita selipar Bata, berhenti berucap semasa azan, menteri pemilik 10 pegawai khas buat lawatan mengejut ke sekolah, DAP dan golongan sama kepentingan dengan mereka sudah meraih apa yang mereka sasarkan.

Daripada politik, kehakiman, bisnes dan instituti-institusi negara, mereka berjaya merombak dan bakal disusun mengikut kehendak mereka.

Soalnya sekarang, berapa lama lagi perkara ini akan berterusan dan sampai bilakah rakyat akan diperbodohkan secara beramai-ramai?


Read more »

Thursday, June 28, 2018

HARAPAN PEMANDU TEKSI HANCUR.. PH BENAR E-HAILING






LAGI PUSINGAN U… Jika sebelum berkuasa, Pakatan Harapan (PH) lantang kritik kerajaan dengan isu perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Pengerusi PH yang kini menjadi semula perdana menteri buat kali kedua, malah ‘hina’ graduan universiti menjadi pemandu e-hailing, tetapi kini setelah menjadi kerajaan baharu, blok pelik itu sudah membuat pusingan U pula.

Media tempatan melaporkan kerajaan PH akur dasar BN terhadap perkhidmatan e-hailing adalah tepat selepas Kabinet bersetuju untuk tidak menghentikan operasi tersebut, sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peraturan tersebut telah dipinda oleh pihak kerajaan BN sebelum ini dan kini kementerian itu akan melihat semula perkara berkenaan untuk dilaksanakan dengan adil.

Ia juga seiring dengan perkhidmatan teksi di negara ini. Justeru harapan lebih 80,000 pemandu teksi di seluruh negara tegar mengundi PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu ternyata tidak dipedulikan kerajaan baharu ini.


Lebih lucu Anthony memberi dalih kononnya e-hailing tidak dapat diharamkan perkhidmatannya kerana ia telah menjadi trend pengangkutan awam moden di seluruh dunia dan memanfaatkan aplikasi atas talian untuk tempahan.

“Jadi dengan pengumuman terbaharu ini diharap pemandu teksi dapat bersabar kerana awal Julai ini, pihak kementerian akan mengumumkan peraturan-peraturan untuk pemandu e-hailing dan juga pemandu teksi.

“Sekarang kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti beberapa perkara bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diharap pengumuman itu akan memuaskan hati semua pihak berkaitan,” katanya di Putrajaya.

Kerajaan PH sebelum ini dikutuk pelbagai persatuan teksi tempatan kerana mewujudkan APAD ganti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) konon untuk mudah kawal selia operasi mereka.


Read more »

MASZLEE ADA 10 ORANG PEGAWAI KHAS DALAM KPM?



Ibarat paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia yang lebih.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang kononnya dikatakan penyelamat rakyat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, PH lantang bersuara mengutuk tindakan kerajaan terdahulu itu kononnya menggajikan terlalu ramai staf untuk kepentingan politik yang digelarnya sebagai ‘lantikan politik’.
Malah, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga selepas beberapa hari berkuasa mengumumkan bahawa kerajaan PH menamatkan kontrak 17,000 staf lantikan politik ini.
Jelasnya, langkah itu kononnya lagi diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan terlalu banyak pembaziran semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, tular di media sosial sejak semalam mengenai satu paparan skrin dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa Menterinya, Dr. Maszlee Malik mempunyai seramai 10 orang Pegawai Khas.
Perkara itu jelas menimbulkan persoalan ramai netizen terutama sekali mengenai keperluan Dr. Maszlee yang berjaya mempunyai jumlah Pegawai Khas seramai itu.
Lebih menarik, bilangan kakitangan bagi jawatan tersebut tidak termasuk Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS) dan Setiausaha Akhbar (SUA) bagi menteri.
View image on TwitterView image on Twitter
Menteri Pendidikan ada 10 Pegawai Khas tidak termasuk SUS, SUSK dan SETPOL. Apa yang banyak sangat Pegawai Khas YB Dr @maszlee?
Kesahihan senarai pegawai untuk menteri baharu itu masih belum lagi dapat disahkan namun sudah tersebar dengan luas di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Jika perkara ini benar, ia jelas kelihatan pelik dan membingungkan buat ramai pihak memandangkan kerajaan PH sebelum ini terlalu pantas bertindak menamatkan kontrak kakitangan awam terdahulu.
Lebih menyedihkan, kontrak kakitangan awam itu ditamatkan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang menyaksikan mereka semua terpaksa menyambut perayaan dalam suasana sedih.
Perkara ini juga menyebabkan netizen membuat spekulasi sama ada kakitangan awam sebelum ini dibuang demi memuatkan kerajaan baharu dengan staf lantikan politik mereka tersendiri.
Jika difikirkan secara logik, mengapa Dr. Maszlee memerlukan pegawai khas seramai itu? Bukankah ini juga satu pembaziran untuk pihak kerajaan PH sendiri yang mahu berjimat-cermat?
Orang ramai juga kini mahukan penjelasan daripada Dr. Maszlee sendiri mengenai tugas sebenar 10 orang pegawai khas ini dalam kementerian berkenaan.
Adakah pegawai-pegawai ini dilantik kerana mereka merupakan pendukung setia kepada parti dan juga menteri? Atau mereka ini hanya pembantu yang hanya dilantik untuk mengikuti ke mana sahaja Dr. Maszlee berada?
Dalam pada itu, tinjauan ke laman web KPM hari ini juga menyaksikan senarai kakitangan pejabat menteri itu telah dikemas kini dan tiba-tiba hanya tinggal seorang sahaja pegawai khas kepada Dr. Maszlee.
Netizen menerusi laman Twitter juga menyedari perkara itu dan bingung apabila senarai panjang berkenaan telah berubah dramatik seolah-olah dikemaskini sejak isu ini tular.
Assalam Dr @maszlee , nama yang dah hilang ni maksudnya dah diberhentikan kerja atau sekadar nak pendekkan senarai nama pegawai je?
Sehingga kini, Kementerian Pendidikan serta Dr. Maszlee masih belum memberikan penjelasan mengenai perkara kontroversi itu.

Sekiranya ini semua benar, sudah terang lagi bersuluh kerajaan PH juga sama sahaja mengamalkan pembaziran dalam pentadbiran mereka walhal selama ini terlalu lantang menuduh BN berbuat demikian. 


Read more »

LEWAT UMUM KABINET PENUH RISAUKAN RAKYAT, PELABUR



MAHATHIR MOHAMAD



Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan secara rasmi senarai penuh Kabinet walaupun selepas hampir dua bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negara membuatkan rakyat dan pelabur makin gusar.

Unit Komunikasi Strategik Ibu pejabat UMNO berkata, sehingga kini cuma senarai 15 anggota Kabinet diumumkan.

Menurutnya, selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, turut diumumkan adalah 13 menteri iaitu Menteri Kewangan; Pertahanan; Menteri Keselamatan Dalam Negeri; Menteri Hal Ehwal Ekonomi; Menteri Pendidikan; Menteri Pembangunan Luar Bandar; Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Menteri Pengangkutan; Menteri Komunikasi dan Multimedia; Menteri Tenaga Manusia; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Kesihatan.

“Malah, dalam fasa pertama Kabinet itu, ia juga diumumkan dalam dua peringkat iaitu pada 12 Mei lalu bagi jawatan Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Kewangan, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri manakala jawatan selebihnya diumumkan pada 18 Mei lalu.

“Selepas pengumuman Kabinet fasa pertama itu, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin kerajaan PH berhubung tarikh pengumuman senarai penuh Jemaah Menteri. Ada yang memberitahu pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada minggu pertama Jun, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan minggu pertama selepas hari raya.

“Namun sehingga hari ini belum ada lagi pengumuman rasmi berhubung perkara itu. Cuma yang ada ialah senarai penuh Kabinet yang tular dalam media sosial sejak semalam dan pengakuan beberapa ahli Parlimen PH bahawa mereka telah dihubungi oleh Perdana Menteri tanpa penjelasan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Read more »

DPMM PAHANG WUJUD TABUNG BANTU PENIAGA



Tabung Pembangunan



Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang mewujudkan Tabung Pembangunan Usahawan Dewan sebagai inisiatif membantu anggotanya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Timbalan yang Dipertuanya, Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman berkata idea tabung berkenaan dicetuskan oleh Pemangku Raya Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa menghadiri majlis makan malam bersama badan itu Mei lepas antara lain untuk membantu lebih ramai golongan bumiputera untuk terlibat dalam bidang berkenaan.

“Berikutan itu kita mewujudkan satu tabung pembiayaan mudah dengan dana sebanyak RM50,000 tahun ini dan kita memberikan pinjaman tanpa faedah antara RM500 sehingga RM3,000 untuk anggota yang terlibat dengan industri kecil dan sederhana (IKS) bagi membayar sewa atau membeli mesin.

“Pinjaman ini perlu dibayar dalam masa 10 bulan dan untuk tahun ini sahaja kita menyasarkan seramai 20 hingga 20 anggota akan mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Adilfitri DPMM di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertuanya, Yusri Yusof.

Pada majlis berkenaan Yusri turut menyampaikan cek pinjaman berjumlah RM4,000 kepada dua anggotanya, Sapar Hariah Abd Rajab dan Ahmad Fauzi idris.

Katanya tabung berkenaan juga diwujudkan untuk mengelakkan anggotanya terlibat dengan pinjaman wang berlesen dengan Ahlong yang boleh mengakibatkan mereka terjebak dengan masalah yang lebih serius.

“Kita dapati peniaga kecil-kecilan ini susah untuk membuat pinjaman kecil-kecilan sehingga ada yang menyebabkan mereka terjebak dengan pinjaman Ahlong, jadi dengan adanya tabung ini, ia diharap dapat membantu menyelesaikan masalah itu,”katanya.

Dalam masa yang sama, katanya pihak DPMM juga sedang berusaha meningkatkan lagi dana tabung bagi membantu lebih ramai anggotanya.


Read more »

Wednesday, June 27, 2018

MAHATHIR SEPERTI HILANG ARAH, AKUI ANWAR TAK BERSAMANYA






Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti hilang arah sejak kebelakangan ini dan menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersamanya dalam kerajaan.

Beberapa isu yang diperjuangan seperti penghapusan tol, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dianggap sebagai retorik semata-mata apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu melaksanakan janji manis tersebut kepada rakyat.

Malah, tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi kerajaan baru-baru ini, Mahathir mengaggap hanya kesalahan kecil dan tidak perlu dibesar-besarkan.

Di manakah peranan Mahathir sebagai pemimpin Melayu dan Islam malahan langsung mengapa tidak memperjuangkan bahasa kebangsaan sendiri?

Tidak sekadar itu, perdana menteri dengan usia paling tua di dunia itu mula menyatakan bahawa Anwar tidak lagi bersama-sama dengan kerajaan.




“(Anwar) seperti orang lain, dia boleh ulas – buat apa saja komen. Dia bukan dalam kerajaan,” katanya dalam wawancara dengan stesen Channel News Asia.

Beliau berkata demikian merujuk kepada teguran Anwar tempoh hari kepada Guan Eng agar menyerahkan tugas bongkar salah laku dan penyelewengan pentadbiran lalu kepada menteri atau agensi lain kerana menurutnya statusnya sebagai menteri kewangan adalah sensitif.

Anwar juga turut menyarankan menteri kewangan itu memberi keutamaan terhadap usaha menenteramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Tanpa ambil masa yang lama, Guan Eng terus bidas teguran Anwar, bukan sahaja ‘keras kepala’ berpegang dengan pendiriannya malah jawapan Guan Eng seolah-oleh perli Anwar yang mengatakan beliau bukan perdana menteri untuk buat keputusan.

Tidak sekadar itu, Mahathir dikira lebih berpihak kepada Guan Eng dengan menyatakan kerajaan akan tetap dengan keputusannya sebaik Kabinet mencapai persetujuan.




“Mereka yang tiada dalam kerajaan boleh beri komen. Mereka boleh kata apa saja, tetapi kami adalah kerajaan,” ujarnya lagi.

Adakah Mahathir lupa jasa PKR yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi perdana menteri? Mengapa pemimpin DAP pula yang sibuk dipertahankan?

Pandangan Mahathir dan Anwar yang jauh berbeza dalam beberapa isu sudah pastinya menimbulkan babak ketidakstabilan Kerajaan PH itu sendiri.

Tambahan pula, belum tentu lagi Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar kerana masih tiada kata putus bilakah ketua pemimpin negara itu melepaskan jawatannya.


Read more »

ECRL - VINCENT TAN: TUN M SEPATUTNYA LETAK JAWATAN


Image result for tunm vincent tan


KENYATAAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau tidak mengetahui projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan penglibatan Vincent Tan dianggap tidak munasabah dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan jika tidak mengetahuinya.

Penglibatan seorang taikun korporat, Vincent Tan dalam ECRL telah mengubah paradigma kerajaan dengan mengambil keputusan meneruskan projek ECRL ini.

Mahathir sebelum ini ibarat orang yang serba tahu di Malaysia sehinggakan dakwaan angka-angka ekonomi pun dipalsukan telah berubah seperti orang ‘hilang ingatan’ apabila mengatakan tidak tahu berkenaan projek ECRL dengan kehadiran Vincent Tan.

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan,” kata beliau pada akhbar tempatan semalam ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Bukankah Vicent Tan rakan baik Mahathir? Bagaimana penglibatan rakan baik sendiri dalam projek mega kerajaan tidak diketahui oleh perdana menteri?

Sebaiknya, Mahathir patut meletakkan jawatan sekiranya benar-benar tidak mengetahui hal tersebut kerana tidak layak sebagai seorang pemimpin negara dan rakan baik tidak mengetahui perkembangan projek mega kerajaan.

Mahathir hanya berkata ‘ok’ dengan rancangan untuk membina landasan kereta api tetapi menegaskan bahawa kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau juga mendakwa syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.

“Contohnya, meminjam RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi. Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,”ujarnya.

Tambahan pula, jika projek ECRL yang bakal diteruskan dibawah syarikat swasta sudah pastinya akan memberi kos perbelanjaan semakin tinggi.

Lantas, di manakah agaknya usaha kerajaan mahu mengambil pendekatan mengurangkan kos perbelanjaan ECRL seperti dikatakan perdana menteri itu?

Pendirian Mahathir terhadap projek ECRL yang berubah-ubah menyebabkan rakyat boleh keliru dan tidak senang duduk dengan keputusan beliau.

Terdahulu, Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan projek ECRL ini kerana menuduh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat hasil pulangan daripada pelaburan besar tersebut yang kononnya didakwa bakal mencecah RM110 bilion.

Namun, semasa keberadaan Mahathir di Jepun, beliau mengubah keputusannya daripada membatalkan kepada menangguhkan terlebih dahulu projek tersebut.

Lebih mengejutkan lagi apabila sekali lagi ketua kerajaan Malaysia itu tampil dan membuat pengakuan ECRL akan diteruskan jika kerajaan dapat membuat rundingan semula bagi terma yang lebih memihak kepada negara.

Mana satu yang betul?

Kerajaan sepatutnya memutuskan keputusan yang tetap berhubung projek yang ingin dilaksanakan dan mengkaji secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan.

Tindakan perdana menteri yang kurang bijak ini hanya merugikan diri sendiri dan menyebabkan kemajuan negara boleh terbantut.


Read more »

PH DAN DAP MIRIP BERGERAK KE SISTEM REPUBLIK






UMNO memandang serius tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilihat sebagai langkah awal Kerajaan Pakatan Harapan (PH), khususnya Dap untuk mencabar kewujudan Akta Hasutan 1948, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO.

Sehubungan itu, katanya UMNO menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya memperhalusi tindakan bagi memelihara keharmonian negara.

“Sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir perlu bertegas dalam menangani isu-isu sensitif sebegini agar ia tidak lagi berulang pada masa depan.

“Isu penggunaan bahasa Mandarin mungkin sekadar langkah ‘test market’ pemimpin Dap yang terkenal chauvanis. Tanpa tindakan tegas Perdana Menteri, penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi media dikhuatiri akan turut digunapakai oleh kementerian lain, khususnya yang diterajui pemimpin Dap.

“Namun, Dr Mahathir nampaknya lebih cenderung untuk menerima apa saja desakan Dap, khasnya pemansuhan akta-akta yang membolehkan mereka berbuat apa saja demi kelangsungan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ini adalah amalan sebuah negara republik yang diimpikan oleh Dap dengan menggunakan model republik sebuah negara jiran.

“Dap makin rakus dengan agendanya, hinggakan sukar dikawal oleh Dr Mahathir sendiri.

“Ini bukan kesalahan kecil. Inilah permulaan kepada hasrat Dap menghapuskan Perkara 152 Perlembagaan, dan melucutkan hak keistimewaan Melayu serta Raja-raja mereka serta Bahasa Melayu.

“Jika mereka sudah berani menidakkan hak Seri Paduka Yang Di-pertuan Agong, mereka juga pasti berani menidakkan hak sesiapa saja, termasuk Perdana Menteri.”
Ini berhubung dengan tindakan Guan Eng pada 25 Jun yang menggunakan bahasa Mandarin dalam siaran media rasmi Kementerian Kewangan.

“Dengan adanya desakan kuat dari anggota kerajaan PH agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dihapuskan, Guan Eng dan Dap sengaja mencetuskan provokasi dengan mencabul peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 memperuntukkan agar bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam apa saja urusan pentadbiran negara.

“Tetapi tindak-tanduk Guan Eng, yang disifatkan sebagai ‘silap kecil’, bukanlah sesuatu yang harus dipandang sepi kerana ia adalah tanda-tanda awal Dap ingin menghapuskan hak kaum pribumi dengan menjurus kepada pemerintahan republik.”

Tegasnya, secara tidak langsung, ia akan menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu secara perlahan–lahan. Kekuatan mereka di dalam gabungan PH akan cuba mempengaruhi Tun Dr Mahathir Mohamad agar Perlembagaan dipinda manakala usul menghapuskan undang–undang yang ada, diterima.

“ Ini termasuklah Akta Hasutan, Akta Anti-Berita Palsu, SOSMA dan POTA. Maka akan wujudlah sistem liberal di Malaysia, di mana segala pembohongan, fitnah dan hasutan dibolehkan tanpa tindakan.

“ Di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, cara seperti ini akan menjadi bom jangka terhadap perpaduan kaum, dan kemungkinan tercetusnya semula insiden 13 Mei 1969 mungkin tidak dapat dielakkan.”

Bidasnya, segala kesalahan ‘yang disengajakan’ oleh mana-mana anggota Kabinet perlulah diambil tindakan agar ianya tidak berlarutan dan menjadi provokasi terhadap keamanan nasional.

“Hak istana juga sudah mulai dipersoal, malah ada kenyataan terbuka Dap yang cenderung ingin melihat Institusi Diraja dihapuskan sama sekali. Ini mencetuskan kemarahan orang Melayu dan rasa tidak puas hati pihak istana.”

Ujarnya lagi, dengan penyiaran tulisan yang mencuit isu perbelanjaan istana baru-baru ini, sehingga mendorong Yang Dipertuan Agong membatalkan majlis terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, adalah satu penghinaan.

“Namun, ia tidak langsung dipedulikan oleh Dr Mahathir dan PH. Bagi mereka, Institusi Di-Raja seolah-olah sudah mati atau tidak perlu diambil peduli.


Read more »

Tuesday, June 26, 2018

ANWAR BOLEH KOMEN, TAPI BUKAN DALAM KERAJAAN



MAHATHIR MOHAMAD



Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi sebarang komen tetapi beliau bukan dalam kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara bersama Channel News Asia yang disiarkan semalam.

Dr. Mahathir memberitahu, sekiranya sesuatu perkara itu telah mencapai persetujuan Kabinet, kerajaan akan tetap dengan keputusan tersebut.

“Orang lain yang tidak berada dalam Kabinet boleh buat komen masing-masing. Mereka boleh kata apa yang mereka suka tetapi kami adalah kerajaan.

“Anwar seperti orang lain, beliau boleh beri komen, buat sebarang komen. Beliau tidak berada dalam kerajaan,” kata beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai komen Anwar berkenaan polisi kerajaan termasuklah mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhenti mendedahkan skandal-skandal kerana kenyataan beliau memberi impak kepada pasaran.


Read more »

SUDAH NAMPAK MALAYSIA SEMAKIN SEKULAR





PERTIKAIAN tentang dasar negara yang melindungi Islam dan hak keistimewaan Melayu menjadi bibit-bibit ke arah pembentukan negara sekular.

Lapor Sinar Harian, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menampakkan permulaan ke arah sekularisme di negara ini.

Bahkan, kerajaan sudah tidak dapat mempertahankan nasib Melayu dan Islam yang kian dipersendakan.

“Bagi saya ia tidak mustahil. Segalanya dilihat bergerak pantas ke arah itu.

“Ada yang tanya, tidakkah pemimpin Islam dalam kerajaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendiam diri, saya jawab tidak boleh berbuat apa-apa. Anwar dahulu lain dengan Anwar sekarang,” katanya.

Ahmad Shabery menambah, situasi yang sama dihadapi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dahulunya lantang bersuara di atas platform UMNO.

Bagaimanapun, Mahathir bukan lagi ahli UMNO dan Bersatu hanya parti minoriti dalam PH.

Malaysia baru yang didokong oleh kerajaan kelompok baharu rata-rata mahu mementingkan nasib kesamarataan kaum dengan mengetepikan soal agama.

“Kata mereka, kalau tak bubar JAKIM, Majlis agama Islam, MARA dan institusi Melayu lain pun, negara tak patut membiayai mereka lagi. Ia permulaan kepada sekularisme total di negara kita.

“Bahasa kebangsaan pun diuji apabila Mandarin mula diperkenalkan dalam urusan rasmi,” katanya.

Sehubungan itu, UMNO berhadapan dengan cabaran yang besar dalam menggalas tanggungjawab mengembalikan semula kedaulatan agama Islam dan Bahasa Melayu.

Jelas Ahmad Shabery, terdapat suara-suara yang mengatakan UMNO harus membuka keahlian kepada bukan Melayu bagi mentadbir semula kerajaan.

“Kalau begitu, UMNO akan jadi sepert PKR, mungkin boleh menang tetapi pemimpin yang sekuat manapun Melayu-Islam terpaksa menyembunyikan isi hatinya kerana platform UMNO bukan lagi platform Melayu-Islam sama seperti Anwar dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Melayu-Islam hari ini berada di persimpangan. Masa depan UMNO pula banyak bergantung kepada pemandunya yang akan ditentukan pada 30 Jun nanti,” ujarnya lagi.


Read more »

share2