Pages

Friday, February 28, 2014

2.2 JUTA PENDUDUK LEMBAH KLANG TERBABIT CATUAN AIR BERMULA AHAD INI - SPAN



Cyberjaya, 28 Feb -- Kira-kira 2.2 juta penduduk di Lembah Klang terbabit catuan bekalan air yang bermula Ahad ini sehingga 31 Mac susulan paras air semua empangan di Selangor kini pada tahap kritikal.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim berkata peringkat kedua pengagihan air berjadual itu membabitkan 260 kawasan di Gombak, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling dan Kuala Lumpur.

Peringkat kedua ini membabitkan 358,342 akaun atau 431,617 isi rumah dengan jumlah keseluruhan pengguna kira-kira 2.2 juta, katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPAN di sini Jumaat.

Katanya seperti peringkat pertama, catuan peringkat kedua ini juga membabitkan penyaluran bekalan air selama dua hari dan catuan dua hari berikutnya mengikut zon.

"Bekalan air tidak terjejas di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, pusat pentadbiran persekututan Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Subang, hospital kerajaan dan swasta serta kawasan zon bebas cukai.

"Syabas turut menyediakan lori tangki dan tangki air statik untuk acara tertentu dan premis yang memerlukannya seperti majlis kenduri, pusat dialisis, rumah kebajikan dan kematian," katanya.

Beliau juga berkata tempoh catuan sehingga 31 Mac itu akan diteliti semula bergantung kepada paras air di semua empangan yang terjejas.

Peringkat pertama catuan air yang bermula semalam melibatkan 60,000 isi rumah di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang susulan pencemaran amonia di Sungai Langat.

Beliau berkata untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Sementara itu, mengulas agihan air berjadual di Kluang, Johor, Ismail berkata tempoh akan dilanjutkan susulan paras Sungai Sembrong Kiri semakin menyusut.

Di Negeri Sembilan, paras Empangan Gemencheh yang membekalkan air untuk daerah Tampin dan Rembau turut berada pada tahap membimbangkan, katanya.

GUNUNG MARAPI MULA MELETUS

Gunung Marapi meletus tiga kali


Indonesia - Gunung Marapi di Bukit Tinggi, Sumatera Barat dilaporkan meletus tiga kali awal pagi semalam.

Jurucakap Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Bukit Tinggi, Warseno berkata, selain letusan, seismograf juga mencatatkan gunung tersebut mengalami lima kali gempa tremor, satu gempa vulkanik, sekali pembebasan asap dan sekali gempa tektonik.

“Letusan itu mengeluarkan abu dan pasir hingga menyelubungi beberapa daerah seperti Sapuluh Koto, Batipuh Selatan dan Tanahdatar,“ katanya.

Menurutnya, sejak 1 Februari lalu, gunung itu menyaksikan 74 pergerakan aktif dengan sekali gegaran, sembilan kali gempa vulkanik dan 48 kali gempa tektonik.

“Marapi kini masih dalam status waspada atau berada pada tahap dua serta berbahaya kerana mengeluarkan gas yang boleh menjejaskan kesihatan. Abu dan pasir dari gunung itu berpotensi dibebaskan hingga jarak 3 kilometer dari puncaknya,” katanya dalam laporan Antara News.



KEADILAN PAHANG TIDAK TERLIBAT ANJUR FORUM "KAJANG MOVE.".?





Kuantan - Setelah mendapat banyak pertanyaan dari orang ramai tentang penganjuran Forum "Kajang Move" - Strategi Ke Putrajaya yang dijadual pada 19 Feb 2014 (Rabu) bermula jam 09.30 malam bertempat di Dewan Tarbiyyah, Tg Lumpur, Kuantan, maka dengan ini ingin ditegaskan KEADILAN Negeri Pahang tidak terlibat samasekali dengan penganjuran forum tersebut.

Difahamkan forum yang melibatkan Ahli Panelnya YB Ustaz Nasruddin Tantawi (MP Temerloh), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan KEADILAN Pahang) dan Prof Dr Muhammad (UIA) itu adalah dianjurkan oleh pihak lain yang mahu menjernihkan keadaan bagi menjelaskan kepada orang ramai yang mungkin masih belum jelas tentang isu PRK Dun Kajang.

Sebelum ini kita melihat isu pengosongan Kerusi Dun Kajang itu menjadi hangat diperdebatkan melalui media sosial (FB dan Blog) terutamanya di kalangan para penyokong PR sendiri. Ada pimpinan parti juga turut terlibat di dalam perbahasan ini yang mana membuatkan ramai yang keliru apakah sebenarnya yang berlaku. Sehubungan itu, KEADILAN Pahang melihat usaha pihak penganjur menganjurkan forum ini bertindak positif dan kita berharap ahli-ahli Panel boleh berhujah dengan baik beserta dengan fakta yang ada serta menjauhi dari mengeluarkan pendapat secara emosi.

Perlu diingatkan, ini bukannya perdebatan yang berkonsepkan melawan hujah lawan masing-masing. Ini merupakan forum yang mana satu pihak keluarkan pandangan mereka manakala di pihak yang lain mengeluarkan pendapat mereka. Apa jua kesimpulan hasil dari forum ini bukannya mewakili parti mereka yang terlibat kerana di pihak parti di dalam PR telah pun membuat keputusan masing-masing berkaitan isu PRK Dun Kajang ini.

Namun jika Keadilan Pahang tidak terlibat, kenapa mereka ada menyertai dan dilihat sebagai tunggak kepada program berkenaan?

Sumber

TUNKU ISMAIL TIDAK LAYAK PRESIDEN FAM

Foto


Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini.

Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara. 

“Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor. 

“Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab.

“Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM,” kata Tunku Ismail.


Untuk jadi pemimpin yang baik kepada sebuah badan induk seperti FAM, semestinyalah sikap mengutamakan kumpulan atau negeri mampu diketepikan terlebih dahulu. Jika tidak tentu persatuan itu tidak akan kemana dan bolasepak kita akan tambah mundur.



MANGSA TERSELAMAT KERANA ALAT SULIT PEROGOL 'LEMBIK'

Gambar hiasan


Kuala Lumpur - Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa. 

Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan. 

“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran.

WANITA BERTUDUNG BERDOA DI GEREJA



Kuantan - Lewat malam semalam, sekeping gambar yang memaparkan aksi seorang wanita memakai tudung seperti kebanyakkan orang Melayu di Malaysia mula tersebar dilaman media sosial.

Gambar tersebut juga turut dikirimkan melalui khidmat pesanan whatsapp yang mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.

Namun, dari tinjauan yang dibuat, tidak dapat dipastikan dimana gambar tersebut diambil. Cuma persoalan yang dibangkitkan dalam ruangan komentar mempertikaikan mengenai perkara tersebut.

Persoalan yang dibangkitkan menjurus kepada perspektif umat Islam dimasa akan datang. Sanggupkah kita melihat anak cucu kita berada dalam keadaan sedemikian?

Hal itu memberi gambaran bahawa betapa lemahnya iman kita kepada Allah S.W.T sehingga sanggup menerima keadaan tersebut biarpun ianya berlaku didepan mata kita sendiri.

Hakikatnya, inilah diantara agenda sulit yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pihak seperti COMANGO yang turut mendapat sokongan penuh dari kalangan pemimpin Pembangkang.

REFORMASI GAGAL UBAH INDONESIA, KENAPA KITA HARUS MENURUT?




Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.


Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.


Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Thursday, February 27, 2014

PENGUATKUASA MPK TIDAK BERKUASA?



Kuantan - Semalam kami menyiarkan berita mengenai pemandu teksi di Terminal Sentral Kuantan. (Baca) Antara keluhan dari pemandu teksi berkenaan adalah kegagalan pihak penguat-kuasa MPK sendiri terhadap kegiatan mencuri pelanggan yang dilakukan oleh sama ada pemandu teksi yang tidak berdaftar atau pengusaha 'perebet sapu' yang bebas berkeliaran di terminal berkenaan.

Sudah pastilah kegiatan 'mencuri' pelanggan berkenaan menjejaskan pendapatan pemandu teksi yang berdaftar. Peraturan sudahpun ada dan sudah dibuat namun kegagalan pihak MPK adalah mengimplitasikannya.

Pihak penguat-kuasa MPK sama ada seolah-oleh tidak nampak atau sebenarnya mereka tidak 'mempunyai kuasa' untuk mengambil tindakan seterusnya menyekat keadaan itu dari berlaku. Rata-rata pemandu teksi yang sempat kami temui menyatakan rasa tidak puas hati mereka tambahan pula ada sebilangan dari pemandu teksi 'haram' adalah datang dari luar Kuantan bahkan luar negeri Pahang sendiri.

Semoga pihak MPK memberikan perhatian serius kepada perkara berkenaan dan menenganinya dengan kadar segera agar nasib pemandu-pemandu teksi yang bernaung dibawahnya akan terbela.






ISTERI DIBELASAH SEBELUM ADAKAN HUBUNGAN SEKS

Gambar hiasan


Subang Jaya - Seorang isteri yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya termasuk sering dibelasah serta berhadapan keganasan suami ketika melakukan hubungan kelamin, bertindak nekad membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan anak selain persediaan menuntut cerai.

Sumber berkata, kejadian terbaru di rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, 13 Februari lalu, muka mangsa berusia 33 tahun itu bukan saja ditampar berkali-kali, malah turut dipukul seluruh badan oleh suaminya sebelum dipaksa menjalin hubungan seks.

Menurut sumber, kejadian ganas itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu dan mangsa juga ditegah daripada berhubung dengan ahli keluarga bagi memastikan pelakuan lelaki berusia 35 tahun itu tidak terbongkar.

“Mangsa mendakwa tidak mempunyai lagi perasaan kasih terhadap suaminya itu,” katanya.




AZMIN SAMAN SUARA KEADILAN TANDA KONFLIK DALAMAN YANG SERIUS




Menurut sebuah laman facebook yang merujuk kepada posting blog Pakatan Harapan Rakyat, tergambar adanya perpecahan yang serius dikalangan PKR sendiri sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dilaporkanan memulakan tuntutan saman ke atas akhbar partinya Suara Keadilan berikutan beberapa artikel yang dikata “menyerang” beliau.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah politik negara apabila seorang pemegang jawatan besar menyaman akhbar partinya sendiri.

Menurut Malaysiakini.com, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah melantik Ketua Penerangan PKR, Muhammad Nor Manuty mengetuai jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan mengenai tindakan Azmin tersebut.

Jikalau kepimpinan parti sudah tidak mempercayai kepada akhbar terbitan partinya sendiri, apakah pengikut-pengikut masih boleh menaruh kepercayaan kepada media resmi mereka itu?

Jikalau sesama pemimpin tertinggi didalam parti asyik bertelagah sesama sendiri, bodoh apakah pengikutnya untuk masih percaya kepada kepimpinan yang ada?

Demikianlah apa yang sedang berlaku kepada PKR, sebuah parti yang diujudkan semata-mata untuk kepentingan dan membela seseorang yang sudah tidak diyakini kebenarannya.

JELAJAH INFORMASI KEUSAHAWANAN PAHANG 12 MAC



Kuantan 25 Feb - Kerajaan Pahang akan mengadakan siri Jelajah Informasi Keusahawanan ke seluruh negeri ini dalam usaha memberi pendedahan mengenai bantuan yang disediakan kerajaan terhadap golongan usahawan dan peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahirudin Ab Moin berkata, majlis pelancaran sesi jelajah selama enam bulan itu akan diadakan pada 12 Mac depan di Kompleks Yayasan Pahang di sini.

Program di bawah kendalian Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu akan disertai 40 agensi dan jabatan persekutuan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Koperasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Selasa.

Turut hadir, Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Shahirudin berkata semua agensi dan jabatan berkenaan, terlibat dengan penyaluran bantuan keusahawanan seperti geran, latihan serta pinjaman.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, masih ramai usahawan mahupun peniaga kecil-kecilan, sederhana ataupun besar tidak menyedari kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

"Kita berharap melalui siri penerangan ini, ia dapat menyalurkan maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan dalam membantu golongan peniaga," katanya.

MAYAT DITEMUI DI TAPAK PROJEK KUANTAN

Mayat lelaki warga asing ditemui di tapak projek


Kuantan - Mayat seorang lelaki warga asing ditemui mati berdekatan sebuah tapak projek di Teluk Cempedak, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mayat tanpa dokumen perjalanan itu ditemui orang awam yang melalui tempat kejadian sebelum menghubungi polis pagi semalam.

Menurutnya, lelaki berusia 20an itu dipercayai mati di tempat kejadian cedera akibat parah di bahagian kepala.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi hingga 8 pagi itu, mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan keras.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan proses mengenal-pasti identiti mangsa serta suspek yang terlibat,” katanya.

Mohd Haris berkata, mayat yang berlumuran darah dalam keadaan terlentang itu masih lengkap berpakaian ketika ditemui.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

PENDUDUK ISLAM TERUS DIBUNUH



BANGUI - Lebih 15,000 orang kebanyakannya penduduk Islam di Republik Afrika Tengah yang berlindung di kem penempatan sementara, terkepung dan berdepan ugutan bunuh oleh kumpulan-kumpulan bersenjata militia.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Adrian Edwards, kesemua pelarian itu yang kini ditempatkan di 18 lokasi di barat laut dan barat daya negara ini, berdepan risiko diserang pada bila-bila masa dan perlu dilindungi segera.

"Walaupun secara amnya, semua golongan masyarakat terdedah kepada keganasan yang berlaku di negara ini, kebanyakan yang terkepung kini adalah penduduk Islam. Mereka menerima ancaman bunuh daripada kumpulan militia anti-Balaka.

"Antara lokasi yang dibimbangi berlaku keganasan adalah di kawasan penempatan PK12 di Bangui dan bandar Boda, Boar serta Bossangoa," katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Pembunuhan terus berlaku di negara ini disebalik kehadiran kira-kira 2,000 tentera Perancis dan 6,000 tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) dengan petugas bantuan menyifatkan, tahap keselamatan semakin meningkat sejak kebelakangan ini di ibu negara ini walaupun masih berlaku serangan sekali-sekala.

Menurut saksi, tentera pengaman Burundi semalam menembak mati dua militia anti-Balaka yang berada di sebuah kedai di sini.

Dalam pada itu di Carnot, sebuah bandar di barat laut Bangui yang dihuni 45,000 penduduk, penduduk Islam mencari perlindungan di sebuah gereja tempatan selepas menyorok di dalam belukar sejak beberapa hari lalu.

Paderi Justine Nary berkata, lebih 1,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak mencari perlindungan di situ.

Keadaan agak tegang selepas militia anti-Balaka mengancam untuk membakar bangunan itu sekiranya penduduk Islam tidak mengosongkan rumah ibadat tersebut walaupun terdapat kehadiran tentera Perancis dan AU.

"Kami menerima kehadiran seramai 223 orang pagi ini dan trak yang membawa penduduk kembali keluar bagi membawa lebih ramai penduduk yang bersembunyi di sebalik belukar,’’ katanya. - Sumber

Oleh Razak 

CASHIER PETRONAS SEMAMBU, KUANTAN TAK JUJUR - PIHAK BERWAJIB PERLU SIASAT



Berikut adalah luahan hati seorang sahabat yang nak berkongsi pengalamannya ketika mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan:

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah. 

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 . 

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku.. 

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak." 

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana

APAKAH REDBEAN ARMY KEBAL?




KUALA LUMPUR 25 Feb. - Red Bean Army (RBA), tentera siber propembangkang muncul semula. Kali ini dengan tindakan lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.

Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakah sehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah mereka begitu kebal?

RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara.

Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA. Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam.

Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.

Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh seperti dialami oleh Yee Aun.

RBA bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka.

Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA. Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana.

Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal .

Apakah mereka ini benar-benar kebal sehingga sukar dikesan biar pun setiap hari memuat turun pelbagai propaganda yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara atau terdapat kelemahan dalam agensi yang bertanggungjawab mengendali tentera siber seumpama ini?

Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.

Justeru adalah wajar ugutan bunuh yang diterima oleh Yee Aun dijadikan asas untuk pihak berkuasa kembali agresif memburu RBA sehingga ke lubang cacing. Kelompok biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang ini tidak harus dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada siapa mampu menghalang kerja jahat mereka.

Oleh itu tindakan yang benar-benar tegas dan serius perlu diambil untuk menangani RBA termasuklah mengetahui siapa dalang yang menggerakkan mereka kerana tanpa sokongan kewangan sudah pasti RBA tidak ke mana dan tidak sekebal sekarang?

Wednesday, February 26, 2014

KEBAKARAN BELUKAR PUTUSKAN LALUAN UTAMA KUANTAN - PEKAN



Kuantan 26 Feb - Kebakaran belukar paya gambut di jalan Kuantan - Pekan bersebelahan Penjara Penor yang bermula jam 4.00 petang tadi menyebabkan jalan berkenaan ditutup kepada lalu lintas akibat kebakaran besar tersebut.

Keadaan bertambah buruk akibat angin yang bertiup kencang menyebabkan kebakaran lebih mudah merebak ditanah gambut yang kering akibat cuaca panas berpanjangan.

Yang lebih membimbangkan penduduk setempat adalah kebakaran belukar berkenaan berlaku berhampiran pusat jagaan kanak-kanak.

Bagaimanapun bagi mereka yang memandu diantara Kuantan dan Pekan dinasihatkan menggunakan jalan alternatif jalan Pantai Sepat - Ubai.

Terima kasih kepada sahabat facebook media sosial PahangKu yang sudi menghantar gambar dan maklumat mengenai kebakaran berkenaan. Terus bersama kami di PahangKu - ' berita eksklusif - maklumat terkini '.







PEMANDU TEKSI TERMINAL SENTRAL KUANTAN KECEWA




Kuantan - Terminal Sentral Kuantan, terminal bas intercity di bandar Indera Mahkota telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu setelah berpindah dari lokasi lama di Terminal Makmur. Selain dari ditenggelami air ketika banjir dulu, ianya juga menimbulkan rungutan para pengusaha teksi berikutan pendapatan mereka yang tidak setimpal.

Ketika saya tiba di terminal kira-kira jam 1.00 tengahari, hampir sejam saya perhatikan pergerakan teksi-teksi berkenaan namun segalanya bergerak amat perlahan. Kira-kira 20 buah teksi masih tersadai tidak menerima penumpang.

Alasan bahawa bas Rapid Kuantan memberikan khidmat yang lebih murah dan efisyen kepada penumpang dan menjadi saingan tentunya tidak boleh diterima kerana pasti ada pelanggan yang akan mencari alternatif pengangkutan awam lain selain bas.

Dari risikan dan perbualan kami dengan pemandu-pemandu teksi berkenaan, ada beberapa perkara perlu diperbaiki oleh pihak MPK sendiri selaku pemunya terminal dimana pemandu teksi berkhidmat dibawah naungannya.

Pemandu teksi yang beroperasi di Terminal Sentral Kuantan dikenakan bayaran RM100.00 sebulan oleh MPK, namun kecewa kerana ada sebilangan pemandu teksi yang tidak berdaftar serta pemandu 'kereta sapu' yang beroperasi sebagai 'ulat' berleluasa mencuri pelanggan menyebabkan pendapatan mereka terjejas tanpa apa-apa tindakan dari pihak MPK sendiri.

Pihak penguatkuasa MPK sepatutnya menghalang dan membenteras kegiatan berkenaan namun mereka tidak mampu melakukannya. "Apakah penguatkuasa tidak lagi punya kuasa atau kuasanya tidak dapat melebihi kuasa yang ada pada 'ulat' teksi itu sendiri" - tanya seorang jurucakap pemandu teksi berkenaan.

Terminal Senteral Kuantan ini sendiri mesti diceriakan lagi dengan menjadikannya sebagai sebuah destinasi dengan menawarkan tarikan untuk membuatkan pelanggan dan penduduk sekitar ingin datang kesini. Antaranya pusat beli-belah, restoran makanan masakan panas serta kemudahan seperti bank dan lain-lain. 

Jikalau Terminal Sentral Kuantan ini mampu dijadikan sebagai pusat sehenti sudah tentu bilangan pengunjung dan pelanggan akan bertambah ramai dan dalam masa sama akan memberikan faedah kepada pemandu teksi dan peniaga disini. Bagaimanapun, kegiatan 'ulat' teksi yang ada antaranya datang dari luar Kuantan mesti dibendung oleh pihak MPK dengan serius tanpa tolak ansur bagi memberi keyakinan kepada pemandu-pemandu teksi yang bernaung dibawah mereka.

Selain itu, pemandu-pemandu teksi juga mestilah lebih berdisiplin dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dengan menawarkan kenderan yang bersih serta sikap yang ramah mesra.










HIKAYAT 'IMAM BALING SELIPAR'.



Kisah Imam baling selipar tentu tidak kita lupakan apabila seorang penyokong tegar Pas ini telah membaling ke arah Hakim dalam mahkamah setelah hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya. Beliau akhirnya dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan menghina mahkamah. Akhirnya beliau terkenal dengan panggilan 'Imam Baling Selipar'. Ikuti kisah terkini beliau dari sumber sebuah laman blog.

Bekas penjawat awam, Imam Hoslan Hussin (imam baling selipar) penyokong tegar PAS yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M. Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.

BR1M merupakan satu rahmat kepada orang yang benar-benar perlukannya dan kalau korang masih tak faham macamana sistem BR1M ni, ada baiknya korang Klik dan baca blog Be Da Man. Dia tulis dengan mudah untuk anda fahami proses BR1M .

Tahukah anda wahai penerima BR1M sekalian anda dilindungi oleh insurans melalui I-BR1M? Sekiranya berlaku kematian secara kemalangan atau cacat kekal (Personal Accident) anda dilindungi sebanyak RM30,000? Sekiranya berlaku kematian biasa anda akan mendapat RM1000.00.

Aku percaya ramai yang tak tau pasal Insurans BR1M ni, mungkin PENERANGAN yang diberi tidak mencukupi atau jabatan yang dipertanggungjawabkan tak tau nak meNERANGkan. Kesian PM! Masih ada lagi agensi yang tak tau nak jalankan tanggungjawab kan?

Anyway, kepada penerima BR1M bersyukurlah dan sekiranya anda sudah melebihi kelayakan menerima BR1M, maka jadilah seperti 17 ribu yang memulangkan semual duit BR1M tu. Kita berikan pada yang memerlukan dan bukan pada yang tak tau nak bersyukur.

Benda baik aku kena cakap. Betul tak? Kita kena belajara bersyukur, Insya'allah murah rezeki kta.

Sumber.

PENYOKONG PEMBANGKANG DISERU LEBIH BIJAK MENILAI UCAPAN PEMIMPIN MEREKA




Jika kita fahami dengan betul maka pasti kita akan sedar bahawa ayat diposting Tian Chua diatas adalah berupa hasutan yang mendorong penyokong pembangkang supaya percaya bahawa adanya ribuan pengundi hantu warga Myanmar yang dibawa masuk ke Kajang bagi membantu BN menangi PRK di Kajang.

Kes ribuan pengundi Bangla yang datang ke Malaysia sebagai pengundi hantu dahulu masih belum diselesaikan lagi namun spekulasi baru sudah pihak pembangkang cipta lagi.

Saya tidak hairan kepada yang mengucapkannya kerana beliau adalah tokoh politik dan tentu beliau akan menggunakan apa saja cara untuk mendapat keuntungan dan faedah politik dari sebarang keadaan. Yang saya hairankan kenapakah masih ada lagi pengikut fanatik pembangkang yang 'teramat bodoh' untuk percaya kepada fitnah yang sedemikian itu tanpa dapat berfikir bahawa ianya langsung tidak masuk akal.

Dulu DS Anwar menjaja diserata tempat diseluruh negara konon adanya pengundi Bangla yang dibawa khas untuk mengundi bagi menangkan BN dalam PRU13, namun akhirnya tidak mengaku bahawa beliau pernah menyatakan demikian setelah rakyat sedar ketidak mungkinan membawa sebegitu banyak warga Bangla untuk dijadikan pengundi.

Sekali terkena bolehlah kita katakan sebagai kesilapan, namun jika kali kedua kita membiarkan diri kita terkena lagi sudah tentulah ianya adalah satu kebodohan yang terlampau.

Masalahnya adalah dengan persepsi yang diciptakan oleh pemimpin pembangkang membuatkan keadaan jadi huru-hara dan kecoh sana sini akibat percaya kepada fitnah yang dijaja. Apakah rakyat rela hidup dalam keadaan yang tidak tenteram selama-lamanya? Lihatlah apa yang terjadi dalam PRU13 lalu didalam klip video dibawah ini akibat percayakan fitnah yang pemimpin mereka jaja.




Baca blog ini untuk mendapat gambaran lebih jelas....(klik disini)


Editor

LAGU HERMAN TINO UNTUK ANU ARR SI LIPAS LIAR




Klip video diatas adalah nyanyian penyanyi terkenal Herman Tino. Dalam suasana PRK Kajang ini, lagu ini ditujukkan khas kepada seseorang yang pastinya semua orang sudah tahu. Lagu ini penuh sindirian bagi yang memahami.

Berikut adalah catatan dari facebook dimana klip ini diambil:

Lagu berjudul 'Pesona Palsu' yang digubah oleh Herman Tino sempena Pilihanraya Kecil Kajang.
Saya tertarik dengan beberapa lirik seperti di bawah:
1. Aku nyamuk yang nakal, engkau lipas yang liar.. Kajang saksi engkau menggila..
2. Engkau memang ternama, memang mabuk kuasa hingga nyanyianku terganggu..
3. Engkau penuh pesona tapi ku rasa palsu, mungkin hanya sedap didengar..
4. Usiamu, usiaku baru lepas senja.. Kuburmu, kuburku bertanya kapankah kita akan pulang, bilakah kita akan pulang..
5. Makin panas Selangorku.. Makin kurang air mandi.. Tuhan sedang memerhati.. Makin susah nak bersuci.. Mungkin kita tak bersyukur..

Anda rasa ditujukan pada siapa?

Editor.

USTAZ MAMPU AMBIL WANG DARI ALAM GHAIB




Jakarta - Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa ghaibnya.

Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.

Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.

Rakaman video itu bertajuk, 'HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli'. - Sumber

Tuesday, February 25, 2014

FOTO HANGAT LEBAI PAS?



Kami menerima sekeping foto dari seorang pembaca yang mengirimkannya ke emel kami. Menurutnya foto ini di rakam sendiri dan menunjukkan perlakuan buruk orang kampongnya yang terkenal dengan ketaksubannya kepada sebuah parti pembangkang yang kononnya perjuangkan Islam.

Kami tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut, namun jika ianya benar ini tentu tidak menggambarkan sikap yang sepatutnya oleh mereka yang mendakwa diri mereka lebih Islamic dari orang lain.


PANAS:KISAH SEBENAR DI SEBALIK PRK KAJANG




Ada seorang bekas orang kanan PKR selalu suka bercerita kepada rakan-rakan bagaimana dia merasa 'cukup terhibur' tengok gelagat budak-budak baru penyokong tegar parti itu yang berlagak hebat seolah pernah tidur baring dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwanya lebih melucukan ialah adanya puak-puak bijak pandai dalam parti itu yang terus menerus membiarkan diri mereka kena kelentong hidup-hidup.

Sebaliknya kalau tengok senarai yang sudah cabut,ramai yang terdiri dari mereka yang sudah cukup kenal siapa dan tahu 'lubang' Ketua Umum PKR itu termasuk staf bekas pejabatnya dan yang pernah jadi balaci.

Kisah-kisah mereka dan pendedahan yang buat mereka 'celik' sudah banyak kali tersiar.Antaranya tentulah Datuk Zulkifli Nordin.

Kelebihan tentang bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu,Kedah ini beliau adalah antara barisan peguam yang pernah terlibat mengendalikan kes liwat pertama Anwar dulu.

Sebab itu sekilas gerak langkah Anwar...awal-awal lagi mereka sudah dapat baca dan buat jangkaan apa sebenarnya nawaitunya,

Nampaknya silat kuntau untuk lawan kes bukan saja melibatkan aspek perundangan tetapi gerak langkah politik yang licik.

Makanya posting terbaru Zulkifli dalam laman blognya http://www.zul4kulim.blogspot.com/ yang menyusuri langkah pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang untuk buka laluan Anwar bertanding pada pilihanraya kecil situ agak menarik untuk diteliti.

Dari analisanya,beliau melihat langkah ADUN PKR Kajang kosongkan kerusi suka-suka ini ada kaitan untuk mewujudkan tekanan pada kes rayuan liwat Saiful Bukhari Azlan yang bakal dibicarakan tidak lama lagi. 

Ia memberi gambaran yang nampak lojik tentang hal ini diketika ramai yang bingung melihat angin tidak...ribut tidak ADUN itu tiba-tiba letak jawatan.

Timingnya nampak jelas sekali.

Alasan yang diberi oleh kalangan pimpinan PKR konon Anwar nak masuk Selangor untuk mengukuhkan parti itu bunyi macam cerita kartun Doremon.

Ia dilihat hanya satu alasan untuk menutup bau yang semakin sudah boleh dihidu oleh ramai orang.

BERIKUT IALAH TULISAN DATUK ZUKLKIFLI NORDIN :

Salam 2 all.

Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!

SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR

Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.

Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.

Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!

Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!

TAN SRI KHALID PENGHALANG

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!

PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.

Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!

Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!

Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?

CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.

Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid!

STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!

PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO

Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.

Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.

TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP

Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!

RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID

Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!

Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.

Khalid sekarang ada beberapa opsyen:

1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!

2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;

3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;

4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau

5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.

Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!

Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.

Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.

Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin

Sabtu

01 Rabi'ul Akhir 1435

01 Februari 2014