Pages

Friday, February 28, 2014

WANITA BERTUDUNG BERDOA DI GEREJA



Kuantan - Lewat malam semalam, sekeping gambar yang memaparkan aksi seorang wanita memakai tudung seperti kebanyakkan orang Melayu di Malaysia mula tersebar dilaman media sosial.

Gambar tersebut juga turut dikirimkan melalui khidmat pesanan whatsapp yang mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.

Namun, dari tinjauan yang dibuat, tidak dapat dipastikan dimana gambar tersebut diambil. Cuma persoalan yang dibangkitkan dalam ruangan komentar mempertikaikan mengenai perkara tersebut.

Persoalan yang dibangkitkan menjurus kepada perspektif umat Islam dimasa akan datang. Sanggupkah kita melihat anak cucu kita berada dalam keadaan sedemikian?

Hal itu memberi gambaran bahawa betapa lemahnya iman kita kepada Allah S.W.T sehingga sanggup menerima keadaan tersebut biarpun ianya berlaku didepan mata kita sendiri.

Hakikatnya, inilah diantara agenda sulit yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pihak seperti COMANGO yang turut mendapat sokongan penuh dari kalangan pemimpin Pembangkang.

5 comments:

  1. Inilah contoh terbaik,bila kita dekat pada kefakiran akhirnya terjerumus ke dalam kekafiran...renung2kan lah wahai manusia.memegang akidah Islam seperti menggegam bara api,siapa lemah iman,pasti tersungkur...

    ReplyDelete
  2. Akibat pemimpin2 (saperti: ibubapa) bercakaran, pengikut2 (saperti: anak2) ambil jalan sendirilah. Nak buat macammana mereka (pemimpin2) pun confuse apa tah kita. Ya Allah selamatkan kami !!!

    ReplyDelete
  3. rasanya wanita ini indonesian kot...wanita indon yg kristian mmg ramai disini wajah mrj sama saja dgn wanita tempatan...kerana itu kebanjiran indon yg kristian ke sini mesti ditegah kelak membawa pengaruh penyebaran agama mrk kpd org2 tempatan...

    ReplyDelete
  4. Padri wanita kristian memang pakai tudung. Di negara barat, ini perkara biasa. Cuma kita jarang tengok perkara ini berlaku di Malaysia. Tak semestinya orang pakai tudung tu beragama Islam, seperti di timur tengah

    ReplyDelete
  5. Di harap pihak berkuasa tempatan dapat memberi perhatian serius terhadap perkara diatas ,bertudung macam perempuan muslim tapi sebenarnya wanita kristian untuk menyenangkan mereka mendapat pekerjaan di negara ini

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor