Pages

Friday, February 28, 2014

KEADILAN PAHANG TIDAK TERLIBAT ANJUR FORUM "KAJANG MOVE.".?





Kuantan - Setelah mendapat banyak pertanyaan dari orang ramai tentang penganjuran Forum "Kajang Move" - Strategi Ke Putrajaya yang dijadual pada 19 Feb 2014 (Rabu) bermula jam 09.30 malam bertempat di Dewan Tarbiyyah, Tg Lumpur, Kuantan, maka dengan ini ingin ditegaskan KEADILAN Negeri Pahang tidak terlibat samasekali dengan penganjuran forum tersebut.

Difahamkan forum yang melibatkan Ahli Panelnya YB Ustaz Nasruddin Tantawi (MP Temerloh), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan KEADILAN Pahang) dan Prof Dr Muhammad (UIA) itu adalah dianjurkan oleh pihak lain yang mahu menjernihkan keadaan bagi menjelaskan kepada orang ramai yang mungkin masih belum jelas tentang isu PRK Dun Kajang.

Sebelum ini kita melihat isu pengosongan Kerusi Dun Kajang itu menjadi hangat diperdebatkan melalui media sosial (FB dan Blog) terutamanya di kalangan para penyokong PR sendiri. Ada pimpinan parti juga turut terlibat di dalam perbahasan ini yang mana membuatkan ramai yang keliru apakah sebenarnya yang berlaku. Sehubungan itu, KEADILAN Pahang melihat usaha pihak penganjur menganjurkan forum ini bertindak positif dan kita berharap ahli-ahli Panel boleh berhujah dengan baik beserta dengan fakta yang ada serta menjauhi dari mengeluarkan pendapat secara emosi.

Perlu diingatkan, ini bukannya perdebatan yang berkonsepkan melawan hujah lawan masing-masing. Ini merupakan forum yang mana satu pihak keluarkan pandangan mereka manakala di pihak yang lain mengeluarkan pendapat mereka. Apa jua kesimpulan hasil dari forum ini bukannya mewakili parti mereka yang terlibat kerana di pihak parti di dalam PR telah pun membuat keputusan masing-masing berkaitan isu PRK Dun Kajang ini.

Namun jika Keadilan Pahang tidak terlibat, kenapa mereka ada menyertai dan dilihat sebagai tunggak kepada program berkenaan?

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor