Kuantan - Mayat seorang lelaki warga asing ditemui mati berdekatan sebuah tapak projek di Teluk Cempedak, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mayat tanpa dokumen perjalanan itu ditemui orang awam yang melalui tempat kejadian sebelum menghubungi polis pagi semalam.
Menurutnya, lelaki berusia 20an itu dipercayai mati di tempat kejadian cedera akibat parah di bahagian kepala.
“Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi hingga 8 pagi itu, mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan keras.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan proses mengenal-pasti identiti mangsa serta suspek yang terlibat,” katanya.
Mohd Haris berkata, mayat yang berlumuran darah dalam keadaan terlentang itu masih lengkap berpakaian ketika ditemui.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor