KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang komited menyediakan
inisiatif khas bagi membantu pemain industri pelancongan di negeri itu
terutamanya pengusaha hotel bajet.
Pengerusi
Jawatankuasa Perlancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’
Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, ia bertujuan memastikan
kelangsungan sektor tersebut dalam meneruskan perusahaan perhotelan dalam
suasana pasca covid-19 ketika ini.
Menurutnya,
kerajaan menyediakan inisiatif ini sebagai usaha membantu sektor pelancongan
ekoran kerugian seramai 1.5 juta pelancong setiap bulan dalam tempoh April
hingga Jun tahun ini akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Alam
Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji
Shamsudin
“Buat
permulaan, kerajaan negeri akan menyediakan bantuan rebet atau pun kupon dengan
jumlah keseluruhan RM50,000 menerusi PahangGo. Rebet atau pun kupon ini boleh
digunakan di hotel-hotel terpilih bagi mendapatkan diskaun atau potongan harga
dengan konsep first come, first serve,” katanya dalam satu sidang media selepas
menjadi tuan rumah webinar antara tiga negeri Pantai Timur Bicara Pelancongan
Produktif, Norma Baharu Pelancongan Pantai Timur di Pejabat Pelancongan Pahang,
di sini.
Turut serta
pada webinar itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan
Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, YB Tuan Ariffin Deraman; Pengerusi
Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, YB Dato’
Mejar (B) Haji Mohd Anizam Abdul Rahman; Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan
Acara Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar dan pemain industri dari
seluruh Malaysia.
Beliau
berkata, dalam suasana pasca covid-19 kini, pihak pelancongan juga bercadang
menyediakan kemudahan percutian sambil bekerja kepada pelancong ke negeri ini
bagi menggalakkan percutian pada hari bekerja selain tumpuan bercuti pada
hujung minggu.
Cadangan
ini bertujuan memudahkan pelancongan untuk menikmati percutian di samping dapat
melaksanakan pekerjaan secara atas talian sebagaimana work from home atau
bekerja dari rumah yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKP lalu.
“Bagi
merealisasikan usaha ini, kita harus pastikan beberapa kemudahan telekomunikasi
dan capaian internet berada pada tahap terbaik bagi menyediakan perkhidmatan
yang memuaskan kepada pelancong ke negeri Pahang,” katanya.
YB Dato’
Sri Haji Mohd Sharkar berkata, menerusi usaha dan inisiatif yang akan
dilaksanakan, kerajaan negeri berharap agar sektor pelancongan di Pahang dapat
pulih sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun hadapan.
Sehingga
Jun 2020, sebanyak 12,763 tempahan bilik telah dibuat di seluruh negeri itu
dengan Kuantan mendahului sebanyak 6,749 bilik diikuti Pekan dengan 1,258 bilik
dan Cameron Highlands sebanyak 1,200 bilik.
“Saya
berharap beberapa pendekatan yang kreatif dapat digunapakai bagi memecut
pembangunan sektor pelancongan kembali kepada keadaan normal,” katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor