Penjelasan TNB telah di wawarkan dalam banyak posting media social
dan yang paling jelas adalah seperti kenyataan
dalam Whatsapp seperti di bawah:
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Aduan pengiraan bil secara terkumpul atau lump-sum adalah
TIDAK BENAR. TNB menggunakan kaedah pengiraan yang adil.
TNB menggunakan kaedah prorata dalam pengiraan bil di mana
jumlah penggunaan elektrik untuk 3 bulan akan dibahagi 3 dan barulah dimasukkan
ke blok tarif yang berkenaan. Ini bermaksud kiraan bil TIDAK dibuat berdasarkan
jumlah bil yang terkumpul atau lump-sum seperti yang didakwa.
Kaedah prorata akan memastikan pengguna akan dicaj mengikut
blok tarif yang sepatutnya. Sebagai contoh sekiranya penggunaan elektrik
pengguna untuk 90 Hari adalah 900kWh, maka ini akan dibahagi 3.
Bermaksud, penggunaan setiap bulan adalah 300kWh sahaja.
300kWh inilah akan dimasukkan ke blok tarif yang berkenaan.
Ini bermakna pengguna akan dicaj mengikut blok tarif yang sepatutnya. TNB
menggunapakai kaedah prorata ini untuk pengiraan bil pengguna.
Sekiranya jumlah terkumpul diambil kira seperti yang
didakwa, ini bermakna pengguna akan dicaj berdasarkan 900kWh dan jumlah ini
dimasukkan ke blok tarif. Ini akan memberi jumlah bil yang tinggi dan tidak
adil kepada pengguna. TNB TIDAK menggunakan kaedah ini.
Kaedah prorata yang digunapakai oleh TNB adalah jelas adil
dan tidak membebankan kepada pengguna. Kaedah ini juga telah diluluskan oleh
Suruhanjaya Tenaga dan digunakan oleh kebanyakan syarikat utiliti luar negara
seperti Eropah dan Australia.
Dakwaan bahawa TNB menggunakan jumlah terkumpul untuk
pengiraan bil adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI!
Untuk sebarang pertanyaan mengenai isu bil, pengguna boleh
hubungi 1300885454 atau emel tnbcareline@tnb.com.my atau terus ke Kedai Tenaga
yang berdekatan dimana penjelasan yang terperinci boleh diperolehi.
Diharap pengguna dapat menilai sebarang maklumat
yang diterima dalam media sosial sebelum memanjangkan kepada orang lain. Jika
mereka merasakan bil mereka tidak tepat, terus salurkan pertanyaan mereka ke
pihak TNB untuk pemeriksaan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor