KES demam denggi di Pahang meningkat sehingga 118.2 peratus
kepada 1,115 kes setakat 16 Mei lalu.
Peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu yang
mencatatkan 511 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan
Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kuantan merekod
kes paling tinggi dengan 796 kes yang mewakili 71.4 peratus daripada
keseluruhan Pahang.
Katanya, Kuantan juga mempunyai 46 lokaliti wabak berbanding
53 keseluruhan yang dikesan, dengan anggaran satu kes denggi bagi setiap 700
penduduk.
"Jika dibandingkan tempoh sama tahun lalu, hanya 24
lokaliti wabak sahaja (seluruh Pahang). Jumlah ini meningkat 120.8 peratus.
"Kita mengesan 10 lokaliti bermasalah iaitu kawasan
Sungai Isap-Taman Sungai Isap 1, Taman Sungai Isap Murni dan Taman Sungai Isap
Jaya di sini yang merekod 24 kes.
"Selain itu di Felda Chini Timur, Pekan (lima kes),
Padang Tengku, Lipis (11 kes), Taman Mahawangsa Bukit Sekilau, Kuantan (empat
kes), Jalan Tanjung Api, Kampung Baru dan Taman Tunas Jaya 3, masing-masing
tiga kes," katanya pada sidang media selepas Program Cegah Denggi Fasa Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai
Isap Murni di Kuantan, hari ini.
Syed Ibrahim meminta penduduk supaya mematuhi arahan
pengawalan wabak denggi bagi mengelak keadaan lebih buruk dan memastikan
persekitaran rumah sentiasa bersih.
Beliau mencadangkan amalan pembersihan dilakukan setiap
minggu selama 10 minit di kawasan kediaman atau tempat kerja bagi menghapuskan
tempat pembiakan Aedes.
SUMBER : HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor