KUANTAN : Setelah kira-kira dua bulan rakyat Malaysia hidup
dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan akhirnya mengumumkan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tujuan PKPB diperkenalkan adalah
untuk menggerakkan semula ekonomi negara yang lumpuh akibat penularan wabak
Covid-19.
Beberapa syarat ketat telah ditetapkan bagi memastikan
pembangunan ekonomi tidak menjejaskan usaha membendung wabak tersebut.
Antara syarat yang ditetapkan adalah setiap premis
perniagaan perlu merekodkan data semua pengunjung yang hadir. Bagi memudahkan
urusan tersebut, anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang iaitu PahangGo Sdn Bhd
telah membangunkan sebuah laman yang bernama MoveOn. Nama MoveOn ini diambil
sempena usaha menggerakkan semula ekonomi dalam keadaan berwaspada.
Menerusi MoveOn, kerja mengambil data pengunjung akan
menjadi jauh lebih tepat dan mudah. Ini kerana pengusaha premis perniagaan cuma
perlu dapatkan kod QR dan paparkan di premis perniagaan. Pengunjung pula hanya
perlu imbas kos QR bagi mengesahkan kehadiran mereka.
Pendaftaran premis perniagaan boleh dilakukan menerusi laman
web www.moveon.my. Pengunjung premis perniagaan pula hanya perlu muat turun
aplikasi mobil PahangGo untuk melakukan imbasan kod QR.
Semua pengusaha perniagaan diharapkan dapat memberikan
kerjasama dengan menggunakan MoveOn untuk memudahkan kerja mengesan pergerakan
pengunjung sekaligus memperkasakan usaha membendung wabak COVID-19 di Pahang.
Sistem merekod pergerakan berpusat ini sangat penting bagi memudah dan
mempercepatkan proses menjejaki kontak (contact tracing) sekiranya ada kes
jangkitan dikalangan pelanggan atau kakitangan satu-satu premis.
Kesedaran daripada pemilik premis dan pengunjung juga sangat
diharapkan agar menitikberatkan soal merekod butiran ini. Diharap inisiatif
kerajaan negeri melalui anak syarikat, Pahang Go Sdn Bhd akan berjaya
menyumbang kepada usaha mengawal penularan wabak COVID-19.
SUMBER -PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor