Pages

Thursday, May 14, 2020

KELONGGARAN SYARAT BAGI OPERASI PREMIS PERNIAGAAN DAN SEKTOR PEMBINAAN






KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG 


Kerajaan Negeri hari ini memperkenalkan beberapa kelonggaran pada syarat-syarat berkaitan premis perniagaan dan sektor pembinaan di Pahang, berkuatkuasa serta-merta. 


1) Semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi kecuali yang dilarang di bawah Warta Kerajaan Persekutuan (P.U. (A) 136).


Premis perniagaan yang dimaksudkan termasuk gerai makan tepi jalan (berbumbung), pusat penjaja, penjaja tepi jalan (sementara) dan penjaja beredar di seluruh Pahang kecuali di kawasan/lokaliti mempunyai  kes positif baharu iaitu –


i) Pekan Dong (sehingga dimaklumkan kelak).
ii) Pasaraya TF Raub (sehingga 24 Mei 2020).
iii) Pasar Mini Bentong Segar (sehingga 20 Mei 2020).
iv) Flat Benus Bentong (sehingga 24 Mei 2020).
v) Kilang Rubber Flex, Bentong  (sehingga 24 Mei 2020).
vi) Pasar Mentakab (sehingga 24 Mei 2020).


Ini adalah selain daripada kawasan/lokaliti yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Maklumat berhubung kawasan/lokaliti yang mempunyai kes positif baharu akan dikemaskini melalui laman sesawang pentadbiran SUK Pahang.


2) Ujian saringan COVID-19 tidak perlu dilaksanakan sebelum premis dibuka kecuali bagi pekerja warga asing terutamanya dalam sektor pembinaan sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Saringan suhu badan pekerja hendaklah dibuat setiap hari dan direkodkan. Hanya pekerja/peniaga yang mempunyai suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah selsius dibenarkan berada dalam premis.


3) Waktu operasi premis perniagaan dibenarkan bermula 7 pagi hingga 7 malam (kecuali bagi sektor yang diperincikan secara khusus).


4) Bagi sektor pembinaan, tidak perlu membuat permohonan kebenaran melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi, pengisytiharan/akujanji perlu dilaksanakan melalui sistem CIMS CIDB.


Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
14 Mei 2020


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor