Setiausaha Muip, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kutipan
zakat fitrah melalui laman sesawang ezakat.muip.gov.my mencatatkan RM408,870
membabitkan 13,796 pembayar daripada jumlah keseluruhan kutipan lebih RM473,018
setakat ini dengan 15,983 pembayar.
"Selain itu, bayaran melalui aplikasi PahangGo pula
RM52,486 membabitkan 1,787 pembayar, diikuti SnapNPay sebanyak RM7,609 (278
pembayar) dan SMS (Fitrah15888 MUIP) melibatkan kutipan sebanyak RM4,053 dengan
122 pembayar.
Menurutnya, kutipan zakat melalui dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dijangka bertambah dari masa ke masa sepanjang Ramadan ini.
"Kadar zakat fitrah ditetapkan di Pahang pada tahun ini
ialah RM7, jadi pembayar boleh membuat pembayaran menerusi talian ataupun
perkhidmatan SMS," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu jelasnya, tiada khidmat amil disediakan bagi
menguruskan kutipan zakat fitrah pada Ramadan kali ini susulan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung dan menyifatkan kemudahan
pembayaran secara dalam talian serta SMS sebagai inisiatif membantu kerajaan
memutuskan rangkaian jangkitan koronavirus (Covid-19).
"Jadi, semua umat Islam di negeri ini hendaklah
menunaikan zakat fitrah bermula awal Ramadan hingga selewat-lewatnya sebelum
solat sunat Aidilfitri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor