Kuantan, 18 April 2020 - PahangMart bakal dilancarkan hari ini oleh YAB Menteri Besar Pahang. Majlis yang akan berlangsung pada jam 12.00 tenghari nanti akan disiarkan di Facebook YAB Menteri Besar Pahang.
PahangMart merupakan produk terbaru dari Pahang Go Sdn Bhd merupakan sebuah Pasaraya Atas Talian yang akan memberikan kemudahan kepada ramai orang bagi membuat belian secara Online.
Antara Pasaraya yang akan membuka kedai maya mereka di PahangMart adalah TMG, LYC, Eng Hong dan juga Cowboy.
Cara Penggunaan PahangMart ini juga seperti Platform shooping Online yang lain iaitu pembeli perlu memasukkan alamat penghantaran sementara portal PahangMart pula akan senaraikan pasaraya yang terdekat dengan alamat pembeli berkenaan.
Seterusnya pembeli hanya perlu memilih senarai barangan yang diperlukan serta membuat pembayaran secara atas talian dan pasaraya akan sediakan barangan permintaan dari pembeli dan akan mengaturkan penghantaran terus kepada pembeli.
Caj penghantaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM8.00 Untuk pembelian bawah RM100.00 dan untuk pembelian atas dari RM100.00 pula akan dikenakan sebanyak RM13.00.
Buat masa ini tiada sebarang caj dikenakan kepada mana-mana pasaraya yang menyertai platform PahangMart ini. Bagi fasa pertama ini, hanya daerah Kuantan sahaja yang terlibat dan akan dikembangkan ke daerah-daerah lain secara berperingkat-peringkat.
Sebanyak 60 pasaraya, kedai runcit, farmasi, pembekal, pemborong dari seluruh negeri telah memohon secara dalam talian untuk menyertai PahangMart dan mereka akan ditapis sebelum dimasukan ke dalam senarai pasaraya PahangMart.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor