ROMPIN, 18 APRIL 2020: Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak meninjau Penempatan Sementara Kes
Sembuh COVID-19 di Hospital Muadzam Shah di sini semalam.
Hospital Muadzam Shah dipilih sebagai salah satu tempat
penempatan sementara bagi mereka yang telah disahkan sembuh COVID-19.
Sempena lawatan kerja itu, taklimat telah disampaikan oleh
Pengarah Hospital Muadzam Shah, Dr Izra Safuan Ali Aziz.
Dato’ Sri Dr.
Sallehuddin Ishak (kanan) mengadakan perbincangan dengan pemimpin dan barisan
pegawai Hospital Muadzam Shah berkenaan operasi Penempatan Sementara Kes Sembuh
COVID-19.
Walaupun sudah sembuh, mereka yang ditempatkan disini perlu
berlajar dan menjalani beberapa perkara ‘new normal activity’ selama 14 hari
sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Ada juga kes mereka ini tidak dibenarkan pulang lagi atas
sebab ahli keluarga mereka masih lagi menjalani proses kuarantin di rumah.
Di hospital ini disediakan 16 katil untuk wad lelaki dan 12
katil untuk wad wanita.
Dato’ Sri Dr.
Sallehuddin Ishak (kanan) meninjau keadaan Hospital Muadzam selepas melawat
Pusat Penempatan Sementara Kes Sembuh COVID-19 disana.
Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB Ir.
Razali Kassim; ADN Bukit Ibam, YB Datin Samsiah Hj Arshad; Timbalan Setiausaha
Kerajaan Pahang, Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim; Pegawai Daerah Rompin, Tuan Ahmad
Nasim Dato’ Mohd Sidek; Pegawai Kesihatan Daerah Rompin, Dr Aznita Iryany dan
Ketua Polis Daerah, DSP Azari Miskon.
Lawatan ini membuktikan Kerajaan Negeri Pahang sentiasa
mengambil berat dan melakukan yang terbaik bagi menangani penularan wabak
COVID-19 di negeri ini. Terima Kasih YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji
Wan Rosdy Bin Wan Ismail.
SUMBER -PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor