KUANTAN, 17 April 2020 – Negeri Pahang mencatatkan kematian
kedua akibat jangkitan COVID-19 melibatkan seorang warga emas wanita berusia 85
tahun, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari
Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, mangsa yang menghidap kanser darah
telah mendapatkan rawatan awal di salah sebuah hospital di Kuantan sebelum
dirujuk ke HTAA pada 14 April lepas.
“Selepas dirujuk pada 14 April, mangsa disahkan meninggal
dunia pada 15 April,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang
(UKOMP), di sini, hari ini.
Tambahnya, mangsa yang berasal dari Air Putih, Kuantan itu
merupakan dari kluster Bali.
Dalam pada itu, Dato’ Dr. Haji Bahari turut memaklumkan kes
yang sembuh di negeri ini telah melebihi 50 peratus daripada jumlah kesuluruhan
kes yang dilaporkan.
“Walau bagaimanapun, penduduk di Kuantan masih perlu
mematuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
fasa 3 yang berakhir 28 April depan,” katanya.
Beliau menyatakan kekesalan kerana rakyat di Kuantan
seakan-akan tidak lagi mematuhi PKP seperti mana fasa pertama dan kedua sekali
gus bimbang sekiranya berlaku peningkatan kes beberapa minggu lagi.
Sehingga semalam, Pahang mencatatkan 261 kes positif
Covid-19 dengan 128 kes yang masih aktif, manakala 132 pula kes telah sembuh.
SUMBER – PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor