KUANTAN - Semua 400 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged
Tenggara yang selesai penugasan selama sebulan mengawal sempadan Malaysia-
Thailand dalam Ops Wawasan di Kelantan didapati bebas daripada wabak
koronavirus (Covid-19).
Ajutan Batalion 7, Pasukan Gerakan Am, Briged Tenggara,
Asisten Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh berkata, bagaimanapun kesemua
mereka perlu menjalani proses sanitasi bagi mengawal infeksi virus Covid-19
sejurus pulang kerja-kerja pengawalan sempadan terbabit.
Menurutnya, proses sanitasi ini bagi memastikan setiap
anggota dan pegawai yang baharu pulang dari operasi, berada dalam keadaan
bersih dan disaring kesihatan mereka sebelum dibenar pulang menemui keluarga.
"Mereka ini (anggota dan pegawai PGA) sudah sebulan
ditugaskan untuk menjaga pintu masuk utama di Pangkalan Kubur, Bukit Bunga dan
Rantau Panjang dengann menjaga Pos Statik yang beroperasi 24 jam.
"Mereka ini telah manjalankan rondaan berkereta dan
motosikal bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pencerobohan sempadan negara
berlaku termasuk di ‘laluan tikus’.
"Sehingga kini, kita dapati tiada pegawai dan anggota
PGA didapati postif Covid-19 sepanjang penugasan mereka di barisan
hadapan," katanya selepas Operasi Sanitasi Awam di Markas Briged Tenggara
Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing,malam tadi.
Dalam pada itu, Ku Majidin berkata, proses sanitasi terbabit
dilakukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, pasukan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Pahang (JBPM) serta pasukan perubatan daripada Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM
Pahang, Ismail Abd Ghani berkata, operasi sanitasi awam itu membabitkan 40
pegawai dan anggota bomba termasuk dua jentera dan sebuah jentera Hazmat.
"Selain proses nyah cemar, anggota berkenaan turut di
saring tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan mereka bebas daripada
gejala Covid-19," katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor