KUALA LUMPUR, 9 April -- Satu lagi daerah iaitu Kuantan di
Pahang dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan
sebanyak 24 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan
dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui
media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan telah merekodkan 43 kes
positif COVID-19.
Turut dikategorikan zon merah adalah Cheras, Kepong, Lembah
Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur); Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan
Klang (Selangor); Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor) serta Seremban dan
Rembau (Negeri Sembilan).
Putrajaya; Hilir Perak dan Kinta (Perak), Jasin (Melaka),
Kota Bharu (Kelantan), Jerantut
(Pahang), Tawau (Sabah), Kuching dan
Kota Samarahan (Sarawak).
Zon merah merupakan jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes,
zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Sementara itu, Lembah Pantai masih mencatatkan kawasan
tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 417 kes, manakala Hulu Langat dan
Petaling masing-masing merekodkan 361 dan 318 kes.
Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19
tertinggi iaitu sebanyak 1,078 kes, manakala Perlis kekal kes terendah iaitu 17
kes.
SUMBER -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor