PETALING JAYA: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang hari ini bersetuju untuk memberikan bantuan dan sumbangan berjumlah
RM250,000 kepada kerajaan Pahang bagi membantu pihak yang memerlukan bantuan
susulan wabak Covid-19.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Sultan Abdullah beritah, tambahan sebanyak RM200 turut diberikan kepada 3,030
orang penerima bantuan bulanan zakat dan tambahan RM200 kepada 9,664 orang
penerima bantuan tahunan zakat, yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun.
“Sumbangan 20 set alat bantuan pernafasan turut diberikan
kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan , Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Temerloh dan Hospital Kuala Lipis serta sumbangan peralatan saringan kepada
ketiga-tiga hospital itu,” titah baginda dalam satu kenyataan, hari ini.
Bantuan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada keluarga
pesakit yang didapati positif wabak Covid-19 di Pahang.
“Saya menyeru kepada semua syarikat berkaitan kerajaan,
badan bukan kerajaan dan individu yang berkemampuan untuk bersama-sama membantu
menyumbang kepada Tabung Amal Covid-19 yang diwujudkan kerajaan negeri,” titah baginda.
SUMBER : FMT
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor