Pages

Sunday, March 22, 2020

COVID-19: PERLU MAKLUM PIHAK BERKUASA SEBELUM SALUR BANTUAN




KUANTAN, 22 MAC 2020: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan badan-badan amal
perlu merujuk kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing jika ingin
menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan
Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, ini kerana bagi mengelakkan
perkara yang tidak sihat selaras dengan arahan Kerajaan Negeri sewaktu tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan ini.


“Selain itu, pekerja di semua sektor kecuali sesetengah sektor yang dikecualikan harus berada di
kediaman masing – masing bagi mengelak dijangkiti wabak COVID-19 ini.


“Mengikut Akta Kerja 1955, para pekerja harus teliti dengan cuti Perintah Kawalan Pergerakan
yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Jika ada pelanggaran harus melaporkan kepada Jabatan
Tenaga Kerja di daerah masing-masing supaya hak pekerja tidak terjejas,” katanya dalam satu
kenyataan media di sini, semalam.


Beliau juga menasihati golongan belia supaya jangan melakukan aktiviti luar dan riadah pada
masa kini bagi mengawal dan mencegah penularan wabak COVID-19 ini.


“Pada masa yang sama, jika didapati terdapat tanda-tanda kecil wabak ini dengan kadar segera
sila lakukan pemeriksaan yang rapi atau menghubungi pihak hospital dan klinik kesihatan yang
berdekatan,” katanya.


SUMBER  – PAHANGMEDIA


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor