KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membidas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Mujahid Yusof Rawa yang hanya berani membuat tuduhan terbuka tetapi takut
untuk berdialog dengannya.
Bahkan katanya dalam satu lontaran di Facebook, Naib
Presiden Parti Amanah Negara (Pan) itu bersikap angkuh.
“Bila saya cabar berdialog cari kebenaran, angkuh tak sama
level! Hantar orang tiada kena-mengena dengan Tabung Haji (TH).
“Kamu berani buat pelbagai tuduhan, tapi tak berani apabila
dicabar untuk berdialog secara terbuka,” tempelak bekas Timbalan Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri itu.
Dilaporkan, Dr Mujahid pernah berkata sesi dialog boleh
diadakan tetapi bukan dengannya manakala Ahli Jawatankuasa Pan Nasional
Muhammad Faiz Fadzil pula menawarkan diri sedia berdebat dengan Dr. Asyraf
mengenai isu-isu berbangkit berkaitan TH.
Walhal katanya, pelbagai tuduhan dan persepsi jahat
ditimbulkan oleh Dr. Mujahid sendiri.
“Yang menuduh pemimpin UMNO seleweng Tabung Haji – YB (Yang
Berhormat) Dr. Mujahid. Yang mendakwa TH defisit RM3.1 bilion angkara pemimpin
UMNO – YB Dr. Mujahid.
“Yang menuduh pengurusan lama dan pemimpin UMNO langgar akta
kerana memberi Hibah terlebih kepada pendeposit – YB Dr. Mujahid.
“Yang menuduh pengurusan lama memanipulasi akaun TH – YB Dr.
Mujahid. Yang menuduh Pemimpin UMNO biarkan hutang TH bertambah – YB Dr.
Mujahid,” tambahnya.
Begitu juga kata Dr. Asyraf, yang menuduh pemimpin UMNO
seleweng TH sehingga kerajaan terpaksa ‘bail-out’ TH sebanyak RM17.8 bilion
adalah Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor