KUANTAN - Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung
(JKKK) bukan sahaja pemimpin yang paling dekat dengan masyarakat malah menjadi
perantara dengan wakil rakyat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, JKKK boleh menjadi ejen perpaduan dalam usaha kerajaan membangunkan
kawasan kampung.
"Kita berharap wakil masyarakat ini sentiasa
mengingatkan penduduk bersatu padu dan jangan berpecah belah," katanya
dalam kenyataan semalam.
Beliau sebelum itu menyerahkan watikah pelantikan kepada 81
Pengerusi JKKK dari Daerah Lipis dan merasmikan Mesyuarat Agong Pertubuhan
Perkumpulan Perempuan (WI) di daerah itu.
Hadir sama Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan
Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak, Exco
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri; Abd Rahim Muda dan Ahli Parlimen Lipis,
Datuk Abdul Rahman Mohamad.
Pada majlis itu Wan Rosdy turut mengumumkan peruntukan
sebanyak RM50,000 kepada WI Daerah Lipis bagi melaksanakan pelbagai program
kemasyarakatan.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Samak Jani, Zulrindan
Zulkifli, 53, berkata, usaha kerajaan Pahang mewujudkan JKKK bertujuan
memudahkan rakyat.
"Saya menyokong langkah kerajaan kerana dapat membantu
menyelesaikan masalah di peringkat rakyat terutama terutama berkaitan
urusan," katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor