Pihak Tourism Pahang akan menganjurkan pertandingan video pendek Pahang Simply awesome Sempena Visit Malaysia 2020 (VNY 2020). pertandingan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan tempat pelancongan didalam Pahang tidak kira kawasan pelancongan yang sedia ada ataupun yang baru diwujudkan dan ia juga terbuak kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Pahang sebagai destinasi
utam pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabdikan detik indah dan keunikan semasa berada di Pahang. antara platform yang akan digunakan adalah instagram dan juga facebook.
Majlis sidang media yang telah diadakan pada petang tadi dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin.
Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, YBhg. Dato’ Haji Idros Yahya, dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar.
YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin ketika sidang media juga telah berkata tujuan Media sosial dijadikan platform untuk pertandingan ini adalah kerana generasi masa kini lebih banyak menggunakannya serta pasaran publisiti lebih meluas dan ia juga merupakan medium utama untuk pemasaran masa kini.
Pertandiagan video pendek ini akan bermula pada Februari hingga Disember yang akan menawarkan hadiah bulanan serta hadiah tahunan.
Hadiah Bulanan
- Juara: Wang Tunai RM3,000 + Sijil + Hadiah Iringan
- Naib Juara: Wang Tunai RM2,000 + Sijil + Hadiah Iringan
- Ketiga: Wang Tunai Rm1,000 + Sijil + Hadiah Iringan
Hadiah Tahunan
- Hadiah Utama (Grand Prize)
Para perserta pertandingan juga harus mengikut tema-tema yang telah ditetapkan:
- Februari - Pahang Simply Awesome
- Mac - Kembara Alam Semulajadi
- April - Pulau Dan Pantai
- Mei - Ramdan Di Pahang
- Jun - Percutian Tanah Tinggi
- Julai - Acara Menarik Di Pahang
- Ogos - Air Terjun Di Pahang
- September - Homestay Di Pahang/Pelancongan Luar Bandar
- Oktober - Makanan & Buah-buahan Di Pahang
- November - Kraftangan dan kebudayaan
- Disember - Percutian Di Pahang
Setiap Video yang dimuatnaik di media sosial haruslah menggunakan hashtag #pahangsimplyawesome dan #shortvideotourismpahang.
Bagi yang ingin menyertai pertandian video pendek ini anda boleh muat turun borang penyertaan di laman web Tourism Pahang http://www.pahangtourism.org.my/index.php/about-us/downloads
Setiap video akan diadili oleh panel Juri yang terdiri dari pihak Tourism Pahang, MOTAC Pahang, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Kelab Media Pahang dan juga Pahang Media.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor