KUALA LUMPUR, 20 Feb – Perasaan bangga dan jati diri
terhadap Tabung Haji (TH) tidak mudah ditukar ganti dengan wang ringgit, kata
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ujarnya dalam satu posting di Facebook, kerajaan yang memahaminya
akan terus bantu untuk memastikan lambang kebanggaan itu berkembang dan menjadi
penyatu ummah.
“Kalau diserahkan kepada yang tidak memahaminya, ia pasti
melihat hanya kepada untung rugi.
“Kalau rugi alasan untuk menyahkannya, kalau menguntungkan
juga pasti ramai yang berselera memilikinya.
“Bangga dan jati diri bukan faktor lagi,” tegasnya.
Imbaunya juga, dalam tahun 1980-an setiap orang dari desa
yang datang ke Kuala Lumpur pasti berbangga dengan tersergamnya bangunan TH
yang berada di tengah-tengah pusat bandaraya itu.
“Mereka rasa mercu tanda ini milik mereka kerana
kebanyakannya adalah pencarum.
“Masa tu tak banyak bangunan di Kuala Lumpur yang tersergam
indah seperti ini dikaitkan dengan Bumiputera/Islam,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, apabila masuk era tahun 2000, TH melebarkan
sayap pelaburannya dengan rangkaian hotel-hotel, yang menambahkan lagi
kebanggaan rakyat itu.
“Konsepnya dekat dengan lapangan terbang, patuh syarie, bersih
dan memberi kemudahan yang sama seperti hotel-hotel besar lain.
“Tambah bangga. Ia berada di mana-mana. Jenama Tabung Haji
tumbuh di mana-mana,” ujarnya.
SUMBER – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor