CAMERON HIGHLAND, 20 FEBUARI 2020: Penilaian mengenai status
penggunaan talian melalui Bengkel Perancangan 1PahangNet secara dwi tahunan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan data dan
internet yang disediakan kepada agensi kerajaan yang terlibat.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau,
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin
Mohd Ariff berkata, 1PahangNet adalah salah satu komponen utama
dalam pembangunan teknologi maklumat di agensi negeri ini.
“Rangkaian 1PahangNet menjadi nadi kepada sistem
telekomunikasi Pejabat SUK Pahang, agensi serta jabatan di bawah pentadbiran
kerajaan negeri. Rangkaian ini terletak di bawah pengurusan Bahagian
Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang yang menghubungkannya dengan agensi
serta
jabatan lain melalui pusat data yang bertempat di Wisma Sri
Pahang dan pusat data daerah yang berada di kesemua 11 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang,
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pejabat-pejabat agama Islam daerah dan
sekolah
sekolah menengah agama negeri,” katanya ketika berucap pada
majlis Malam Anugerah 1Pahangnet 2020 di Hotel Nova Highlands.
Hadir sama, Pengurus Besar Negeri TM Pahang, YH. Dato’
Zulfikri Hashim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang,
YH. Dato’ Shuhairi Abd Ghani, Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’
Zaliza Zulkefli dan Timbalan Pengarah JAIP, Tuan Haji Zakaria Haji Mohamed.
Sementara itu, YH. Dato’ Zulfikri dalam ucapannya berkata,
bengkel selama tiga hari itu secara tidak langsung memberi kesan positif kepada pengguna-pengguna dalam jaringan SUK Pahang. YB. Dato’ Haji
Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan) menyampaikan anugerah Person In Charge
(PIC) pada Malam Anugerah 1PahangNet di Hotel Nova Highlands di Cameron Highland.
“Bengkel ini ialah komitmen yang diberikan oleh TMOne
bersama rakan strategik kami, GITN Sdn Bhd kepada SUK Pahang khususnya Bahagian Teknologi Maklumat dengan memberi tumpuan kepada
perbincangan berkenaan prestasi data dan internet 1PahangNet 2019.
“Kesempatan yang ada juga memberi ruang kepada pembinaan
semangat bekerjasama di dalam satu pasukan melaui sesi ‘team building’ yang diadakan dalam bengkel tersebut,” katanya.
Pada majlis sama, beliau turut berkongsi video berkenaan
#khabarbaik TMOne iaitu proses menaiktaraf mutu perkhidmatan dan data secara
percuma.
Ia bakal dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka
selesai bagi semua lokasi sebelum berakhirnya suku kedua tahun 2020 ini.
SUMBER -PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor