Pages

Thursday, February 13, 2020

PAHANG FOKUS TARIK PELANCONG TEMPATAN BERIKUTAN WABAK CORONAVIRUS





KUANTAN : 90 peratus pelancong ke Pahang setiap tahun adalah pelancong tempatan  dan  statistik tersebut menyumbang kepada usaha giat mempromosikan produk pelancongan di kalangan rakyat tempatan berikutan wabak Penularan wabak coronavirus (COVID-19 ) yang nyata menjejaskan jumlah pelancong dari luar negara.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, pihaknya menerima banyak laporan berkenaan pembatalan pakej percutian oleh pelancong terutamanya dari China ekoran arahan serta larangan yang dikeluarkan.


Menurutnya, keadaan semasa yang tidak ada ketetapan bila akan berakhir itu meyebabkan pihaknya memikirkan dan melaksanakan usaha bagi memperkasakan sektor pelancongan domestik.


“Kita memberi tumpuan dalam usaha menarik pelancong tempatan dan juga asing yang mahu ke negara China agar ‘melencong’ datang ke Pahang. Antara caranya ialah pertandingan video pendek yang kita adakan di mana ribuan penyertaan yang bakal kita siarkan di medium sosial akan menjadi faktor penarik.


“Kita masih mampu menjana pendapatan melalui pelancongan, malah lebih rancak jika pelbagai keunikan yang ada di negeri ini dapat dipamerkan melalui usaha promosi yang dilakukan secara berterusan,” katanya.


“Ia bakal mempamerkan keindahan yang terdapat di negeri ini melalui usaha dan kreativiti oleh setiap peserta selain mempergiat kerja-kerja promosi yang dilakukan sepanjang tahun,” katanya dalam sidang media di Wisma Sri Pahang.


Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, YBhg. Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Haji Edros Yahaya.



SUMBER   – PAHANGMEDIA

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor