Pages

Monday, February 17, 2020

‘KERTAS PUTIH: PH TIPU PENEROKA, SILA TUNJUKKAN BUKTI BN ROMPAK DUIT FELDA’ –BIDAS NAJIB




KUALA LUMPUR, 17 Feb – Tolong tunjukkan bahagian mana yang kata Barisan Nasional (BN) rompak duit RM8 bilion FELDA seperti didakwa Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)? Soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak


Katanya, kertas putih FELDA menjelaskan bahawa bahagian besar hutang RM8 bilion FELDA sebenarnya dipinjam semula kepada 84,388 peneroka FELDA (muka surat 17-19) untuk pembesaran rumah, Skim Insentif Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi, komputer dan penanaman semula.


“Kertas putih juga jelaskan bahawa bahagian besar wang diperolehi oleh FELDA dari penyenaraian FGV adalah dibayar kepada peneroka, koperasi peneroka, sumbangan kepada negeri, Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka dan sebagainya (muka surat 28), namun PH gelar bayaran-bayaran ini adalah “penggunaan tidak produktif” dalam kertas putih mereka.


“Kongsi keuntungan dengan peneroka pun digelar penggunaan tidak produktif ke? Soal Najib dalam satu hantaran di Facebook.


Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut melampirkan pautan kertas putih serta laporan forensik FELDA yang dibuat oleh kerajaan PH itu (klik di sini).


Ulas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, pada bulan April tahun lepas, FELDA diarahkan untuk membuat laporan polis terhadapnya bahawa beliau telah menipu wang FELDA untuk membeli syarikat ladang Indonesia Eagle High Plantation sehingga mereka mengalami kerugian besar.


“Masa itu, saya dedahkan sebahagian dari kertas putih Felda ini untuk bela diri.


“Tetapi kerajaan PH amat marah kerana saya telah menbongkarkan penipuan mereka sehingga mahu ambil tindakan saya dalam Dewan Rakyat,” ujarnya lagi.


Sekarang tambahnya, rakyat boleh baca keseluruhan kertas putih ini tentang pembelian Eagle High.


“Bukan wang FELDA yang digunakan untuk membeli EHP tetapi pinjaman dari Kementerian Kewangan dengan kadar faedah kos bon kerajaan + 0.15% (sekitar 3.5% + 0.15%) untuk tempoh 7 tahun.



“Terdapat ‘Put Option’ dalam perjanjian pembelian di mana FELDA boleh mendapat semula pelaburan dan keuntungan dengan kadar faedah 6% setahun selepas 5 tahun jika tidak mahu teruskan untuk memiliki saham Eagle High.


“Ini bermakna ianya bukan wang FELDA yang digunakan dan FELDA akan tetap untung dengan pembelian ini kerana pulangan dari ‘Put Option’ itu adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pinjaman FELDA dari kerajaan. Oleh kerana ‘Put Option’ ini, harga saham EHP masa dibeli tidak penting,” jelasnya.


Dengan itu, tanya Najib lagi di manakah bahagian dalam kertas putih tersebut yang menyatakan beliau menipu duit FELDA dan FELDA rugi kerana membeli Eagle High.


“Sebab itu, laporan polis FELDA pada bulan April 2019 itu tidak ke mana.


“Sebab itu juga, PH amat takut untuk tunaikan janji manifesto mereka untuk melaksanakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk FELDA setelah bertahun-tahun tuduh BN merompak dan menyeleweng FELDA,” tempelaknya lagi.


Bagaimanapun tambah Najib, Tan Sri Isa Samad telah didakwa menerima rasuah RM3 juta (bukan berbilion-bilion) dalam kes FELDA walaupun pihak yang setiap kali meminta, mengirim salam dan mengambil wang tersebut adalah setiausaha politik Perdana Menteri Ketujuh.


“Pihak sebenarnya yang tipu FELDA adalah PH yang menipu peneroka bahawa hutang mereka akan dimansuhkan bila menang PRU14,” tegasnya.

SUMBER – UMNO ONLINE
https://umno-online.my/2020/02/17/kertas-putih-ph-tipu-peneroka-sila-tunjukkan-bukti-bn-rompak-duit-felda-bidas-najib/

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor