KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia
memohon kerajaan Pakatan Harapan memberikan kuota khas sekurang-kurangnya 20%
kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek mega
Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Pengerusi Kehormat, Mokhtar Samad berkata ini kerana
terdapat kira-kira 42,000 kontraktor Bumiputera yang berkepakaran dan
berkemahiran tinggi untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek tersebut.
“Mereka ini boleh melakukan pelbagai kerja dalam projek
tersebut. Apa salahnya jika 40% kuota penglibatan syarikat tempatan dalam
projek ini perlu melibatkan 20% kontraktor Bumiputera? Persatuan kontraktor
minta wujud kuota khas kepada kontraktor Bumiputera.
“Jika tiada kuota khas itu, saya percaya,
kontraktor Bumiputera sukar bersaing atau berkongsi dengan syarikat tempatan
lain. Ini permintaan logik dari persatuan, saya percaya, kerajaan baru ini
lebih prihatin kepada kontraktor Bumiputera,” katanya.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor