Pages

Sunday, May 26, 2019

[KUANTAN] AGIH 7,000 JUADAH BERBUKA PUASA







 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Dapur Infaq Ummah menyediakan lebih 7,000 bungkus juadah berbuka puasa kepada golongan asnaf di daerah ini pada program "Dapur Infaq Ramadan" sepanjang Ramadan kali ini.

Penyelaras programnya, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, program itu mendapat kerjasama daripada lapan NGO dan bebeeapa agensi kerajaan serta swasta setelah diperkenal sejak Ramadan lalu.

Menurutnya, bagi tujuan membantu, pihaknya menyediakan antara 300 hingga 400 bungkus nasi, buah dan kuih untuk diagihkan kepada golongan seperti keluarga miskin, gelandangan, anak yatim, saudara baharu, masyarakat orang asli dan individu tidak berkemampuan.

“Selain itu, kita juga bantu pelajar yang kurang berkemampuan belajar di Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Kuantan.

“Bagi tujuan itu, kita telah membelanjakan hingga RM2,500 setiap hari bagi menyediakan bungkusan makanan yang diagihkan oleh beberapa NGO ke setiap lokasi ditetapkan,” katanya di Masjid lama Bukit Sekilau hari ini.

Jelasnya, aktiviti memasak dilakukan secara gotong-royong membabitkan antara 15 hingga 20 individu daripada beberapa NGO bermula jam 1 petang, seterusnya agihan dilakukan tiga jam kemudian.

Dalam pada itu, Badrul berkata, program yang bermula 10 hingga 29 Mei ini dilaksanakan bagi membantu dengan nasib golongan asnaf di daerah ini.


Sukarelawan program Dapur Infaq Ramadan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang akan diagihkan kepada asnaf di pusat operasi di Masjid Lama Bukit Sekilau.
Katanya, Dapur Infaq Ummah yang bernaung di bawah Sahabat Muqarrabin akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan terutama selepas mendapat sokongan daripada Pejabat Menteri Besar Pahang termasuk beberapa agensi lain.

“Pihaknya memerlukan sumbangan kewangan secara berterusan bagi menjayakan program dapur infaq yang diadakan sepanjang tahun.

“Bantuan makanan turut diberikan kepada gelandangan dan golongan memerlukan di beberapa buah lokasi di daerah ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor