KUALA LUMPUR: Presiden MCA Wee Ka Siong membangkitkan
kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal berikutan masalah dalaman
dihadapi Pakatan Harapan (PH), termasuk isu ketidakjelasan proses peralihan
kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Dalam satu temu bual dengan FMT, Wee berkata, beliau
menjangka pilihan raya akan diadakan lama sebelum mandat kerajaan PH tamat pada
2023.
“Jika Anwar akan menjadi perdana menteri, kenapakah Dr
Mahathir tidak melantiknya sebagai timbalan perdana menteri?” soal Wee.
Beliau berkata, pada 2002, Dr Mahathir, sebagai pengerusi
Barisan Nasional (BN) ketika itu, menamakan timbalan beliau, Abdullah Ahmad
Badawi sebagai pengganti, justeru memberikan masa sekurang-kurangnya 1 tahun
kepada Abdullah untuk bersedia.
Bagaimanapun pada kali ini, banyak pihak, termasuk pelabur
asing bertanyakan soalan sama ada baton kepimpinan itu benar-benar akan diserahkan
kepada Anwar. Ini menujukkan wujudnya langkah politik lain dalam isu ini.
“Kita juga boleh melihat tanda bahawa pakatan politik itu
goyah dan pemimpinnya saling tidak bersetuju antara satu sama lain. Tampak
kurangnya konsesus dalam kalangan mereka mengenai pelbagai isu,” kata Wee.
“Pelan peralihan kepimpinan mestilah jelas sekiranya kita
mahukan negara aman dan stabil.”
Wee berkata, inilah antara sebab kenapa beliau percaya
kemungkinan pilihan raya lebih awal tidak boleh ditolak.
“Di sesetengah negara, apabila seseorang pengganti menerima
baton kepimpinan daripada pemimpin sebelumnya, pilihan raya akan diadakan bagi
memastikan beliau mendapat mandat baru.
“Sekiranya ada pertikaian, pemimpin berkenaan akan
menyerahkan keputusan tersebut untuk dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya
kerana beliau tidak akan rugi apa-apa,” katanya.
Justeru itu kata Wee, pilihan raya mungkin diadakan lebih
awal.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor