Pages

Tuesday, April 2, 2019

JELUTONG 'BUDAK JAHAT' TERUS BUAT KACAU DALAM PARLIMEN, TAK FAHAM DUIT RAKYAT DAH DUIT PH




Setiap kali Ahli Parlimen Jelutong berdiri dalam Dewan, sudah pasti ada sahaja provokasi yang cuba dilakukan oleh ‘budak jahat’ Parlimen ini bagi mengundang keadaan tegang di kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Sesi petang sidang Dewan Rakyat semalam menyaksikan blok pembangkang menempelak Jelutong kerana istilah ‘duit’ Pakatan Harapan (PH).

Ianya bermula ketika beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan isu berkaitan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tanjong Karang (BN): Terima kasih sebab bagi RM100 ribu walaupun tidak ikut sepenuhnya manifesto tapi kena ingat sebab ini janji….

Tumpat (PAS): Bagi saya angka bukan satu perkara yang besar namun yang penting adalah prinsip dan keadilan. Sepatutnya sebagai negara demokrasi, janji PH dalam manifesto dan harapan rakyat sebenarnya untuk berada dalam suasana yang disebutkan Malaysia Baru maka sewajarnya keadilan diberi kepada semua rakyat sama ada pilih PH atau pembangkang sebab duit ini akan pergi kepada rakyat bukan wakil rakyat. Ini janji manifesto dalam PH, pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menguruskan pusat khidmat masing-masing.

Jelutong(PH): Saya nak sarankan kalau diberi peruntukan ini juga perlu ada pemantauaan dari pihak ICU supaya apa-apa kredit yang diberikan rakyat akan sampai balik kepada PH sebab ada tuduhan pihak pembangkang guna duit PH tapi uar-uar kononnya duit dari parti sendiri.

Tumpat (PAS): YB Speaker… tolong fahamkan Jelutong, ini bukan duit PH tapi ini adalah duit kerajaan dan duit rakyat.

Pontian (BN): Duit rakyat….

Jelutong (PH): Ini duit PH tapi UMNO dan PAS yang ambil. Ini bukan duit UMNO bukan duit PAS.

Tumpat (PAS): Jelutong kena pergi kursus dulu.

Parit Sulong: Saya nak bagi cadangan… saya berharap Timbalan Menteri boleh bagi penerangan terutama kepada ahli Parlimen PH tentang duit yang dimaklumkan oleh Jelutong itu bukan duit PH tapi duit kerajaan dan duit rakyat.

Jelutong (PH): Duit kerajaan PH… faham tak… faham tak….

Parit Sulong (BN): Duit kerajaan… duit kerajaanlah… amboi… kena pergi kursus Jelutong ni.. baca 101…

Pengkalan Chepa (PAS): Kurang ajar ni Jelutong… tak layak jadi Ahli Parlimen

Ayer Htam (BN): Ini adalah janji PH. Oleh kerana PH adalah satu parti yang dilihat lebih adil dan saksama maka rakyat telah memilih PH. Itu adalah mesej yang jelas. Saya nak tanya, selepas YAB Langkawi dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau pernah mengumumkan akan memberi peruntukan RM50 ribu kepada semua ahli Parlimen pembangkang. Itu pengumuman PM selepas ditabalkan… sekarang, siapa yang batalkan sehingga satu sen pun tak ada… peruntukan untuk pusat khidmat RM300 ribu satu sen pun tak ada. Inilah sikap PH, apa yang dijanjikan tidak dibuat.

Dewan terus gamat apabila blok pembangkang terus menyerang Jelutong dan akhirnya Timbalan Speaker meminta Timbalan Menteri sambung menggulung.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor