Seorang remaja yang hilang selepas dikatakan melarikan diri ke dalam hutan kerana merajuk sejak Selasa lepas ditemukan di dalam bilik di rumah keluarganya di Kampung Lengkong di sini hari ini.
Muhammad Haikal Ahmad,17, dipercayai pulang ke rumahnya awal pagi ini sebelum masuk ke dalam biliknya.
Bagaimanapun, maklumat lokasi remaja itu menghilangkan diri selama empat hari masih belum dipastikan memandangkan dia yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pembelajaran enggan menjawab soalan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2, Rosdi Mustafa berkata, Muhammad Haikal disahkan ditemukan di dalam bilik di rumahya pada pukul 10.10 pagi ini.
“Semasa anggota bomba dan pelbagai pihak lain ingin memulakan operasi pagi ini, ibu saudara Muhammad Haikal meminta bantuan membuka pintu bilik di rumah remaja itu yang terkunci kerana mengesyaki ada orang di dalamnya.
“Apabila membuka pintu, kita mendapati remaja itu sedang berselimut di dalam bilik berkenaan dan hanya mendiamkan diri,” katanya di sini hari ini.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan seorang remaja lelaki yang bertindak melarikan diri ke dalam hutan Selasa lalu kerana merajuk dimarahi bapanya.
Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, mangsa masuk ke dalam hutan berhampiran Jambatan Kampung Lengkong di sini kira-kira pukul 5 petang Selasa lalu.
Katanya, pada hari kejadian, bapa mangsa menyuruhnya bersiap untuk ke kelas mengaji dan mangsa sedikit memberontak sebelum keluar dari rumah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor