KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan bercemar duli berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan pagi ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Turut menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan, dan tetamu kehormat.
Sejurus selepas nyanyian lagu Allah Selamatkan Sultan Kami iringan pacaragam daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, baginda kemudiannya menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Tentera Udara Diraja Malaysia yang berkekuatan seramai 4 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.
Baginda kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama sebelum lagu Allah Selamatkan Sultan Kami sekali lagi dimainkan.
Selesai istiadat, KDYMM Pemangku Raja Pahang diiringi ke Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan titah diraja.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang kali ini berlangsung selama lima hari bermula hari ini 15 April sehingga Jumaat, 19 Aprill 2019.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor