Pages

Friday, January 18, 2019

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA TIDAK WUJUD: TAN SRI ANNUAR MUSA


Kuantan, 18.1.2019 : Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewujudan Suruhanjaya Pilihanraya  mengikut perlembagan Persekutuan.
Berikut disiarkan kenyataan beliau secara Verbatim:


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA TIDAK WUJUD

1. Saya di fahamkan SPR akan bermesyuarat hari ini Jumaat 18/1/19 bagi memutus dan mengeluarkan writ bagi  PRK SEMENYEH di adakan berikutan kematian ADUNNYA.


2.  Satu persoalan yg sangat ASAS(fundamental)dari segi undang undang berbangkit,yaitu APAKAH SPR UJUD SECARA TERATUR DAN SELARI dengan kehendak undang undang,khususnya PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?


3.  Berikutan perletakan jawatan Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli lain pada 31/12/18,SPR telah dianggap tidak beroperasi atau tidak wujud di sisi perlembagaan. Hal ini demikian kerana, Suruhanjaya Pilihan Raya sepertimana di bawah Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 orang anggota lain. SPR menurut perlembagaan tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi hanya dengan seorang pengerusi. Perkataan 'hendaklah' di dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa ia adalah keperluan mandatori. Justeru itu, segala tindakan yang dibuat di bawah nama Suruhanjaya Pilihan Raya pada ketika ini adalah tidak berpelembagaan dan dikira terbatal.


4. Tambahan pula, SPR ketika ini mempunyai 10 hari iaitu sehingga hari ini(18/1/19)untuk mengeluarkan Writ Pilihan Raya selepas kekosongan kerusi DUN Semenyih akan tetapi dengan ketidakwujudan SPR, maka writ pilihan raya tidak harus dan tidak dapat dikeluarkan.


5.  Perkara 114(1) perlembagaan persekutuan mewajibkan Perlantikan ahli ahli Suruhanjaya ini Mesti di buat oleh DYMM SERI PADUKA BAGINDA YG DI PERTUAN AGONG setelah berunding dengan Majlis Raja Raja dan ini belum di lakukan.


6.  Mana mungkin Suruhanjaya ini berfungsi dgn hanya seorang ahli sedangkan perlembagaan dgn jelas dan secara wajib(SHALL),mesti terdiri dari 7 orang..


7.  Rule of Law terus di ketepikan dan urusan Pilihanraya yg merupakan tiang seri yg paling asas dalam sistem demokrasi tidak harus di persenda dan di pergadaikan


8.  Ini menjadi satu lagi bukti Kjaan PH bukan sahaja tidak serius melakukan reformasi malah secara sewenang wenangnya mentadbir secara otokratik dan membelakangkan prinsip RULE OF LAW


9. Asas kepada sebuah negara bangsa adalah Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah suatu buku peraturan yang menentukan batasan dan skop bidangkuasa yang kerajaan ada terhadap rakyatnya. Kerajaan apabila menjalankan kuasanya dan tadbir urusnya tidak seharusnya bertindak di luar skop Perlembagaan Persekutuan. Tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang, tidak kira monarkinya, Sultannya, Perdana Menterinya atau mana-mana agensi mewakili kerajaan. Ini adalah suatu ciri-ciri penting dalam demokrasi. Kegagalan untuk menuruti segala keperluan asas kepada prinsip undang-undang adalah suatu ancaman kepada demokrasi.


10. Adalah menjadi pandangan saya bahawa orang perseorangan tidak boleh membentuk suatu Suruhanjaya. Selain fakta yang jelas bahawa tiada semak dan timbang di dalam Suruhanjaya, undang-undang tertinggi di negara ini haruslah ditegakkan, hanya selepas itu yang membolehkan seseorang menyatakan bahawa negara kita ini mengamalkan prinsip mulia kedaulatan undang-undang.

TAN SRI ANNUAR MUSA
S/USAHA AGONG
UMNO MSIA

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor